Drama Skuad JPJ

Drama Skuad JPJ mula bersiaran pada 4 April 2022 jam 10:00 malam di saluran RTM TV1. Dibintangi pelakon Rashdan Baba,Shaharul Ridzwan, Sefik Khair, Kodi Rasheed, Fify Azmi dan ramai lagi.

drama skuad jpj tv1 2022

DRAMA SKUAD JPJ

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 4 April 2022
Waktu Siaran : Isnin-Rabu, jam 10:00 malam
Siaran TV : TV1 (RTM)
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penerbit : KalamAriff Holdings Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ( JPJ)

PELAKON DAN WATAK

  • Rashdan Baba sebagai Tuan Shah
  • Saharul Ridzwan sebagai Faiz Hanafi
  • Sefik Khair sebagai Jason Lee
  • Kodi Rasheed sebagai Zamani Ru
  • Fify Azmi sebagai Shilawati Adnan
  • Fiza Thomas sebagai Jessy Anak Dugah

SINOPSIS SKUAD JPJ

Kisah benar mengenai kejayaan operasi selain cabaran dan kesulitan dihadapi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pihak atasan JPJ telah mengarahkan Tuan Shah untuk menubuhkan sebuah pasukan elit yang dikenali sebagai Skuad JPJ. Tujuan skuad ini yang berpengkalan di Putrajaya ditubuhkan adalah untuk melaksanakan misi tertentu melibatkan kesalahan serta jenayah jalan raya.

Tuan Shah selaku Ketua Seksyen Risik & Operasi melantik lima orang anggota yang berkemahiran dalam bidang tertentu bagi membentuk Skuad JPJ. Mereka terdiri daripada Faiz, Zamani, Jason, Shila dan Jessi.

20 comments:

  1. Kira macam Roda² KL versi moden la ni ek..

    ReplyDelete
  2. wow harapnya drama ni menarik la macam gerak khas tu

    ReplyDelete
  3. seronoknya tgk drama camni..
    ala2 gerak khas gitu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah macam gerak khas tu. Beza jalan cerita dan pelakon je kan.

      Delete
  4. Gerak Khas...
    Abam Bomba...
    JPj pun ada😁🤭

    ReplyDelete
  5. Hallu Hallu Hallu

    Congratulations!

    https://www.raydahalhabsyi.com/2022/04/congratulations-preloved-giveaway-lucky.html

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Lebih kurang Gerak Khas cuma ni skop JPJ macam tu kot.

      Delete
  7. wah..ada Rashdan. Zaman sekolah dulu memang suka tengok dia sebab hensem. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh..peminat Rashdan Baba rupanya. Dia berlakon okay je kan. Sekarang ni dah banyak berlakon watak bapak bapak lah.

      Delete
  8. Menarik konsep dramanya.. Boleh try tengok nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang nak ketengahkan isu berkaitan dengan JPJ dalam drama kan. Kira lain sikit lah ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.