Header Ads


Nasi Beriani, Ayam Masak Merah Dan Acar Timun Nanas

Hari ke enam berpuasa cuti masak tanpa sengaja. Tanpa sengaja tau! Bukan buat buat cuti malas masak ke apa. Lebih kurang pukul 5 lebih macam tu encik suami keluar nak membeli kuih. Saya usulkan beli kuih pulut serunding kelapa, kuih puteri ayu atau kuih kole kacang kalau ada.

Beli mana yang ada. Kalau tak ada jugak, beli je kuih badak berendam atau kuih seri muka pun boleh. Singgahlah kedai makcik tu. Kuih badak berendam dengan kuih seri muka, pukul 5 lebih dah sold out.

Laku keras betul kuih muih makcik tu. Bulan tak puasa pun cepat habis, inikan bulan puasa. Senang tutup kedai awal. Semoga bisnes makcik terus maju buat kuih sedap sedap untuk pelanggan.

Dah tak ada kuih kegemaran kat kedai makcik tu, encik suami membawa diri ke Bazar Ramadhan berdekatan. Tak jauh mana dari kedai makcik tu. Dapatlah kuih puteri ayu dan kole kacang. Lepas membeli kuih diaa call kita offer nak beli nasi untuk berbuka sekali tak?

Ehhh..kita ni pantang orang offer. Laju menjawab, boleh je. Dia pun beli lah nasi beriani ayam masak merah dan acar timun nanas untuk saya. Dia pulak beli nasi tomato dengan ayam kurma. Terbalik sudah lauk dan nasi nya. Bukan apa, saya kurang gemar lauk ayam masak kurma tu.

Sebungkus nasi beriani, ayam masak merah dan acar timun nanas mentah RM8. Nasi tomato, ayam masak kurma, acar timun nanas mentah RM7. Dari segi harga ikut standard lah, tak overprice. Seram tengok harga makanan zaman sekarang ni.

Nasi Beriani, Ayam Masak Merah Dan Acar Timun Nanas

Porsi pun okaylah tak banyak tak sikit. Mampu mengenyangkan perut. Cumanya rasa lauk tu kurang sikit lah. Nasi tu sedap berasa jugak. Sedia faham lah berpuasa tak boleh nak rasa. Harap bukan penjual baru tumbuh berniaga di Bazar Ramadhan.

Tapi lain lidah lain seleranya. Mungkin orang lain rasa sedap. Bersyukur dengan rezeki yang ada. 

14 comments:

  1. Baru jer baca surat khabar online katanya "Nasi Arab Harga TelAviv.."RM50..lamb shank lauknya..
    Syyy...hari ni macan nak pi Flea Market Bangi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa yang tu memang mahal. Taraf chef dan harga bahan dia level kayangan. Jaga jaga kalau ke sana. Macam macam nak nanti. hehehe...

      Delete
  2. Aduh rasa nak makan acar timun nanas tu la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kalau ada acar timun nanas ni lebih. Makan dengan nasi pun sedap dah. Orang berjual dapat sikit je lah merasanya. Bolehlah buat menu petang nanti kak.

      Delete
  3. saya cerewet sikit kalau bab ayam masak merah. kuah kena sedap dan ayam tak nak kering. tapi kalau orang lain masak, makan ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang masak nak tak nak kita bedal je lah. Cerewet gak kalau lauk ni, itu yang kena rajin masak sendiri baru menepati selera. hehe...

      Delete
  4. Terbaca viral pasal nasi beriani [kalau tak silap] lauk seketui daging, sebiji telur tak berkupas dengan kuah kari harga RM20. Entahlah, harga mahal kalau berbaloi dengan rasa dan kuantiti ok juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baca jugak tu kak Amie. Entahlah Kak Amie. Tak tahu nak kata apa. Barang sekarang serba mahal, apatah lagi makanan yang dah siap masak. Ada peniaga jujur dan ada sebaliknya berniaga hanya untuk untung je.

      Delete
  5. Replies
    1. Gandingan nasi dan lauk yang sedap tu kan. Tapi itulah, dapat nasi sedap tapi lauk kurang pulak.

      Delete
  6. Saya rindu masa2 masih stay di Penang, dan tiap Ramadhan datang ke pusat2 kuliner untuk cari menu berbuka ❤️. Dulu ingat sangat paling suka kalo ketemu penjual karipap. Deket rumah ada yg enak, ntah lah dia masih jualan ke atau tak. Kalo kue2 manis suka juga, tapi lebih suka kalo yg savoury 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bulan Ramadhan, memang meriah jualan makanan. Dapat yang sedap tu rezeki. Bulan Ramadhan ni mudah craving nak makan benda benda manis kan.

      Delete
  7. sedap . gabungan ayam masak merah dgn acar timun

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.