Header Ads


Drama Wan Senja

Wan Senja, sebuah drama istimewa raya dibarisi pelakon Fauziah Dato' Ahmad Daud A.M.N, Ali Rezark, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair dan ramai lagi. Drama Wan Senja episod 1 bersiaran pada hari raya pertama hingga raya keempat (Selasa, 3 Mei 2022 -Jumaat, 6 Mei 2022) jam 11:30 pagi di TV3.

Tonton Dram Wan Senja full episod secara online live streaming di tonton www.xtra.com.my/live-tv.

drama wan senja full episode tv3

DRAMA WAN SENJA

Jumlah episod : 4
Mula siaran : Selasa, 3 Mei 2022 -Jumaat, 6 Mei 2022
Waktu siaran : jam 11:30 pagi
Siaran TV : TV3
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis skrip : Rozie Rashid & Team
Penerbit : Datuk Hasniza Nordin
Terbitan : Saphire Screen

PELAKON WAN SENJA

Fauziah Dato' Ahmad Daud A.M.N sebagai Hajah Rohimah (Wan Senja)
Ali Rezark
Nabila Razali
Wan Sharmila
Syazuwan Hassan
Fify Azmi
Datin Fadilah Mansor
Isyariana
Aniq Suhair

SINOPSIS WAN SENJA

Drama Wan Senja mengisahkan tentang Hajah Rohimah (Fauziah Dato' Ahmad Daud A.M.N), seorang guru yang dihormati oleh masyarakat tempatan atas dedikasi dan pengorbanan beliau.

Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar di usia senjanya.

Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru.

Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya.

8 comments:

  1. Ooo.. ini yang ada Nabila Razali tuhhh.. Bolehlah cuba layan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah watak dia mulut becok katanya. Kalau sempat bolehlah tengok nanti sebab sibuk beraya kan.

      Delete
  2. Kak.. typo Fauziah Dato Ahmad Daun ke.. Hehe.. Ce betulkan *Daud 😁

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.