Responsive Ad Slot

Slider

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1443H/2022

nuzul al quran nuzul quran 2022 malaysia nuzul al quran maksud nuzul quran 2022 negeri yang cuti hari nuzul al-quran peristiwa nuzul al quran al quran
19 April 2022 bersamaan 17 Ramadhan 1443H, Hari Nuzul Al-Quran dan cuti umum di Malaysia untuk negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu. 

Salam Nuzul Al-Quran 2022

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1443H/2022

Hari Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada 17 Ramadhan, merupakan tarikh penting kepada umat Islam seluruh dunia untuk memperingatinya.

Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah peristiwa bersejarah dimana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. 

Turunnya Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M iaitu tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'.

Maksud Nuzul Al-Quran

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bermaksud menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. 

Penggunaan istilah Nuzul Al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian Al-Quran.

Nuzul Al-Quran bermaksud penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Al-Quran pula merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam sehingga kini. 

Maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang benar-benar memikirkan rahsia Al-Quran.

Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Nikmatnya pada bulan Ramadhan , Allah SWT memberikan kelebihan dan ganjaran yang besar kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. 

Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan untuk beberapa peristiwa besar seperti peristiwa penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran), pembukaan kota Mekah (Fath Makkah), pembukaan kota Andalusia dan lain-lain. 

Disamping itu juga, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di dalamnya iaitu malam Al-Qadr (Lailatul Qadar)

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: Malam Al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah Al-Qadr: 3)

sumber:
1. https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1808-nuzul-al-quran-dan-perpaduan-ummah
2. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3455-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-152-kenapakah-pahala-amalan-digandakan-pada-bulan-ramadhan


12
( Hide )

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu