Header Ads


Dah Dapat Telekung Travel Yang Dicari

Rancak eh orang jual telekung sana sini. Yang berjenama dah tentu harga level kayangan. Bajet kita tak berapa kayangan kena tepuk poket sendiri tengok bajet berapa. Berkenan dengan telekung simple tanpa kerawang sulaman ataupun hiasan lain.

Kalau boleh nak jenis material kain yang sejuk dan selesa. Bila berterawih lama tu selesa lah sikit. Kalau boleh taknak cotton sebab telekung cotton dah ada beberapa pasang. Cuma sekarang nak cari telekung baru yang jenis telekung travel

Suka juga dengan telekung simple calaqisya, tudung people, inhanna, inner sejuk, fazura, naelofar dan sewaktu dengannya. Semua tu telekung dia simple je. Tapi harga dia tak simple lah. Telekung Fazura paling murah tak silap RM177. Selain tu rasanya RM200 dan ke atas.

Selain tu, suka juga jenis telekung travel macam telekung aleena yang popular tu material Bubble Cotton. Tapi part muka dia kurang berkenan pulak. Pilihan warna tu banyak, rambang mata nak memilih.

Jenis lebih kurang macam material bubble cotton, material sejuk cotton mix pun ada. Perasan jugak Abby Abadi (Aisys Mom) ada jual jenis macam tu tapi material talian Crepe. Kain sejuk selesa jugak tu. Bahagian muka jenis material moss crepe.

Konon nak beli yang tu je tapi akhirnya dapat jumpa ciri-ciri telekung travel terpaling menepati apa yang saya nak. Jumpa telekung raya wrinkly floral by Varda material sejuk cotton mix. Itupun terperasan masa tengah scroll facebook. 

Facebook tu kalau benda kita cari dari google, dia akan keluar yang berkaitan dengan apa yang kita cari. Memanjanglah keluar sponsored post iklan telekung. Bagus jugak macam tu kan. Tak payah mencari, tahu-tahu ada depan mata je.

telekung raya wrinkly floral by Varda

Ada 4 pilihan warna iaitu navy blue, grey, blush dan olive. Entah kenapa berkenan dengan warna olive ni. Ikutkan warna hijau ni warna musuh saya. Betullah orang kata, benda yang kita tak suka tu yang akan kita suka nanti. Memang betul pun!

Dalam gambar nampak terang lagi tapi in real dia macam dusty olive macam tu. Suka sangat dengan material sejuk cotton mix ni. Dia macam sejenis kain sejuk yang berat sikit dan breathable. Kalau kena tiup angin pun tak mudah terselak. Selesa sangat pakai. 

telekung raya wrinkly floral by Varda

Bahagian muka yang paling saya suka tanpa getah. Lebih selesa. Bahagian muka tanpa getah yang susah nak cari. Ada tu ada tapi risau kalau beli longgar pulak sebab muka jenis kecil je. 

Yang menriknya, telekung travel Varda ni bahagian muka tu menggunakan material yang sama dengan kain telekung. Nampak seragam lebih cantik lagi kan. Kain telekung pun siap berpoket. Senang boleh simpan barang penting macam kunci ataupun handphone. 

Jenis handphone ringan okaylah, jenis berat risau terlondeh pulak kain tu nanti.

The best telekung travel lah pada saya. Telekung travel murah siap beg telekung yang boleh dijadikan sejadah mini dengan harga RM99 (Promo). Harga sebenar RM129. Pada saya harga setanding kualiti. Paling penting menepati ciri-ciri telekung yang saya nak.

Telekung Raya Wrinkly Floral by Varda Material Sejuk Cotton Mix

Telekung raya wrinkly floral by Varda

  • Material : Polyester (cotton mix)
  • Elasticated headband and waist
  • Comes with matching zipped bag
  • Features pockets
Setiap pembelian dapat free gift box, paper bag dan beg telekung. Lepas membeli baru perasan ada pilihan warna baru upload agaknya, ada warna  rose pink, purple dan ash grey. Berkenan betul dengan warna rose pink tapi sold out dah. Aduh..melepassss.

telekung raya wrinkly floral by Varda

Tapi lepas tu saya beli jugak warna lain, warna purple. Warna purple, lebih kurang warna pink rose. Pink rose tu macam dusty pink tapi lebih pink sikit. Purple pulak macam dusty purple. 

Bila dapat warna purple, bahagian muka tu bila pakai, dia tak melekap elok. Ada gelembung, refer dalam gambar bawah ni (bulatan hitam).

telekung raya wrinkly floral by Varda

Lepas tu saya basuh. Kot lah better lepas tu. Rupanya sama je. Saya inform pihak Varda. Dia suruh saya pos semula telekung tu dan akan kirimkan telekung baru dan kos penghantaran ditanggung. Okaylah, senang boleh bawa bincang.

Yelah kan, kita beli mesti nak yang elok punya. Yang tak senangnya nak kena pos tu lah. Nak tak nak pos jugaklah. Lepas dah sampai telekung yang saya pos tu, barulah dorang pos yang baru.

Alhamdulillah dapat yang elok, dalam gambar atas tu sebelah kanan dapat yang baru. Sampai sampai je terus cuba. Barulah okay. Best telekung travel ever! Senang telekung dan sejadah travel sekali. Beg tu boleh dijadikan sejadah mini.

website : varda

16 comments:

  1. Alhamdulillah.. Cantik telekungnya.. nak berurusan pun senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik KakSha, itu yang berkenan tu. Nasib baiklah dapat seller yang baik.

      Delete
  2. nampak cantik dan ringan. walaupun dah masuk fasa endemik, still rasa selesa guna telekung sendiri kan. takde rezeki nak rose pink. memang sold out cepat lah. warna kegemaran ramai perempuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan selesa. Dia tak ringan sangat tapi best lah kain dia tu. A'ah memang biasa guna sendiri, kalau kemana mana mesti bawak. Next time lah ada rezeki boleh beli rose pink kalau ada stok masa tu.

      Delete
  3. Cantikkkk...nasib diorang boleh gantikan yang baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Designnya memang cantik. Mujur senang boleh bawak bincang.

      Delete
  4. Cantik color dia.. Sis punya beli dari telekung Kedah tu masa pi Umrah.. selesa.. tp puasa haritu beli SK.. sebab nak yang nipis dan ringan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan..Ada perasan jugak Kedah comfy ke nama dia. Material macam sama cuma design muka tu berbeza. Yang tu ada getah kan. SK pun design cantik cantik dan selesa.

      Delete
  5. Alhamdulillah, Fizah dapat telekung baru, cantik. Memang ye, telekung kena beli yang selesa. Akak pula lebih suka beli offline, telekung ni, Fizah. Sebab kena rasa sedap ke tidak. Macam beli kasut lari juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dapat telekung yang menepati kehendak. Cantik, suka telekung jenis tak ada getah pada muka dan material selesa. Kasut memang kena offline, kalau beli online takut sampai sampai kecewa nanti.

      Delete
  6. Cantikkk! Memang nampak selesa! Saya pulak suka beli kat Shopee, seller Indonesia, ada sejenis haritu beli,, bag nya bila dibuka terus jadi sejadah... Otw beli baru, nanti nak reveal gak ler.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selesa sangat. Dah lama cari jenis tak bergetah kat muka tu. Nanti jangan lupa review tau nona.

      Delete
  7. 1st time dgr nama jenama ni... tengok kain pun dah tahu mmg sedap dipakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu jugak sebab terlalu sponsored post. Kain jenis macam ni memang selesa dan sejuk.

      Delete
  8. cantik juga telekung ni, harga pon berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah suka jenis tak ada getah macam ni. Kain pun best. okaylah dengan harganya tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.