Mukmin Pro by Fazura Aplikasi Waktu Solat, Azan, Penunjuk Arah Kiblat, Navigasi Masjid, Doa Harian, Zikir Dan Al-Quran Digital

Azhafizah MN
By -
16
Mukmin Pro by Fazura, satu lagi aplikasi yang berkonsepkan gaya hidup Muslim kontemporari komprehensif baru dilancarkan pada 1 April 2022 sempena Ramadhan tiba. Aplikasi Mukmin Pro dikelolakan oleh pelakon dan usahawan terkenal iaitu Nur Fazura Sharifuddin yang lebih dikenali sebagai Fazura atau Faz.

Aplikasi Mukmin Pro bertemakan warna merah jambu dan putih yang sinonim dengan  Fazura.

Mukmin Pro by Fazura

Aplikasi Mukmin Pro boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Dengan adanya aplikasi seperti ini dapat memberi faedah kepada pengguna menikmati dan memudahkan kehidupan harian dari aspek kerohanian.

Selain itu, Mukmin Pro menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan, menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dan untuk mereka yang mahu mendalami Islam.

Fungsi asas dan ciri khas Mukmin Pro

  • Waktu solat
  • Azan
  • Penunjuk arah kiblat
  • Navigasi ke lokasi masjid berdekatan
  • Doa harian
  • Audio bacaan zikir
  • Al-Quran Digital

Mukmin Pro by Fazura


Program Mukmin Pro

Pelbagai program menarik dan interaktif seperti kelas belajar Tahsin Al-Quran oleh Sheikh Mohamed Elmongy, dan Kelas Asas Tarannum oleh Juara Tilawah Al-Quran antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah.

Mukmin Pro Program

Program Wakaf Al-Quran, pakej Qurban dan Aqiqah di Tanah Suci Makkah serta Infaq makanan kepada golongan memerlukan.

Mukmin Pro Program
 

Keistimewaan Aplikasi Mukmin Pro

Aplikasi Mukmin Pro juga disertakan pelbagai video islamik yang dikemaskini setiap hari dari navigasi video YouTube dan TikTok, selain sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur.

Mempunyai ciri navigasi yang mudah digunakan dan dipelajari. Lebih menarik, aplikasi Mukmin Pro tiada iklan dan tidak perlu log masuk untuk menggunakannya.

Mukmin Pro menawarkan juga pelbagai ciri khas secara percuma serta jaminan perlindungan data pengguna. 

Pengguna boleh memuat turun aplikasi Mukmin Pro secara percuma di App Store dan Play Store

Post a Comment

16Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Selamat berpuasa Fiza..
    Lama takdan nak ziarah menzirah blog...Hari ni dah ada kesempatan...
    Hebat la Fazura...semoga dilimpahkan lagi rezeki yang barokah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa mama Cella. Takpe, faham. Saya pun tak dan singgah lagi.
      Hebat mereka yang buat apps yang sangat bermanfaat ni.
      Aamiin...

      Delete
  2. Tema pink colour tu memang menarik, terbaik sungguh! Moga terus bermaanfaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan warna pink. Kena dengan jiwa yang suka pink. Hehehe...

      Delete
  3. Akak terus download, Fizah. Mekasih, share.

    ReplyDelete
  4. Baguslah ada apps mcm ni. Nanti nk install lah. Nampak comel

    ReplyDelete
  5. Bagus inisiatif artis-artis untuk manfaat umat.
    Tertarik ada program wakaf al-Quran dalam aplikasi. Satu perkara baru bagi akak ada dalam aplikasi begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, banyak juga program yang lain dari aplikasi lain. Satu inisiatif yang bagus.

      Delete
Post a Comment