Header Ads


Sambal Sardin Cili Api Pedas Dan Timun

Bila kau dah terlelap, bangun bangun dah pukul 6 petang! Haaa gelabah terus. Solat asar, terus ke dapur. Apa apa hal masak nasi dulu. Lepas tu, haaa pening nak masak apa ni? Mujur ada sardin penyelamat keadaan.

Kalau takde si sardin tu, alamatnya berbuka telur goreng je lah kita. Janji ada makanan berbuka selain kurma dan air.

Macam biasa tumis cili api, bawang putih, bawang merah. Tumbuk tak perlu sampai lumat pun. Separuh bawang merah potong potong je. Sebelum menumis, saya goreng kentang yang dipotong baji macam KFC wedges.

Selain bahan ditumbuk, bahan istimewa tambahan letak asam belimbing buluh. Siapa suka letak belimbing buluh tu, tahu lah lazatnya dia macamana kan.

Tak sempat nak fikir masak sayur apa. Potong timun je pun boleh lah jadikan ulam dan pelengkap makanan utama. Sardin dan timun kawan baik kot kan. Memang padan sangat.

14 comments:

  1. Aduiiii! Sedapnya sardin.
    Dua benda penyelamat keadaan... kalau Kak Amie, sardin dan telur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada penyelamat keadaan. Sardin dengan telur pun kawan baik jugak tu.

      Delete
  2. Sedapnya sardin...lama x buat sambal sardin...yang makannya akak ngan Dania je...stok memang sentiasa ada la...kawankan plak ngan telur dadar...huiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak geng makan sardin, lagi berselera makan. Sardin ada kawan telur dadar sekali pun laju makan tu.

      Delete
  3. Nasib baik ada sardin sebagai penyelamat tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kalau tidak kita goreng telur je sudah. Hehehe...

      Delete
  4. fav sy juga ni. ada sardin ada timun pun dah ckp. kenyang dah

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Pun boleh sebab nak masak pun mudah je. Sedap pun sedap kan.

      Delete
  6. buat sambal sardin ammi tak pernah letak belimbing buluh..slalu letak kalau buat kari sardin. tapi semenjak pokok belimbing buluh bawah rumah ni ditebang payah betul nak cari. kat pasar pun kalau ada banyak yg dah kecut abah kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah letak belimbing buluh kalau masak sardin sambal. aduhaii sayangnya tu, tebang habis ke? Kalau tebang sikit je nanti dia akan bercambah baru. Kat pasar pun susah nak dapat kadang. Itulah tu, kalau ada pun dah kecut sebab jenis tak tahan lama .

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.