Header Ads


Ayam Kicap 3 Budak Gemok

Tanya suami nak makan apa berbuka harini. Dia jawab ayam upin ipin. Ayam goreng lah tu. Hmmm…taknaklah ayam goreng, ayam kicap okay tak? Okay!

Agak lewat masuk office oil and gas, lebih kurang pukul 6:30 petang macam tu. Ayam dah siap defrost dari pukul 4:00 lebih. Sedang elok masanya nak masak, ayam pun dah lembut.


Basuh dan gorengkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Sambil tu siapkan bahan tumis. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang merah.

Halia sepotong, saya tak tumbuk sekali sebab suami tak suka halia. Kalau nak tambah kena potong masukkan seketul. Senang kalau nampak dalam pinggan boleh asingkan nanti.

Serai ketuk letak sebatang nak bagi bau aroma wangi sikit. Tak letak pun takpe, ada serai kita letaklah sekali. Pukul 7:00 malam dah siap masak. Tak masak sayur, potong timun dan makan dengan sambal gesek kalau tak pedas.

Ayam kicap ala 3 budak gemok yang dulunya popular. Tapi ayam kicap 3 budak gemok lain sikit masaknya, kena ada serbuk kari dan daun kari. Lauk ayam kicap bergandingan dengan sambal gesek memang power! 

Ayam masak apa pun sedap! Masakan kicap pun jarang tak sedap. Kann...lain orang lain versinya, ikut selera masing-masing.

10 comments:

  1. Ayam kecap ini favorit saya juga kak Fiza ❤️. Memang sedap, tapi saya agak tambah bubuk cabe kalo masak nih biar spicy lagi. Jadi ingat dulu di Penang ada mamak yg jual ayam kicap di kedainya, dan enaaaak. Suka sekali saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam kicap favourite ramai. Pedas lagi sedap sebab tu kena ada sambal, boleh tambah kepedasan ikut level pedas yang kita nak. Kadang dah letak cili masih kurang pedasnya sebab guna kicap manis. Dapat makan di kedai yang sedap, teringat ingat dibuatnya kan.

      Delete
  2. Replies
    1. Pasni ni boleh masak ayam kicap pulak Kak Nur, dah bagi idea ni. hehehe...

      Delete
  3. ayam masak kicap memang sedap kalau makan dengan sambal gesek.. ada rasa manis-manis dan rasa pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Sedap rasa manis kicap bergabung dengan rasa pedas.

      Delete
  4. Replies
    1. Betul, Memang sedap! Dulu masa baru nak up memang popular menu ni.

      Delete
  5. ada orang tak suka makan ayam...tapi ammi hari2 makan ayam pun boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun kalau asyik ayam memang jemu. Nak tengok pun tak boleh.
      Baguslah camtu Ammi tak jemu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.