Header Ads


Pear Shaped Safety Pins Comel Pelbagai Warna, Pelbagai Guna

Selamat berhujung minggu semua orang. Ada yang ambil cuti long weekend sampai selasa cuti Nuzul Al-Quran ke tu? Untunglah orang Wilayah Persekutuan (Labuan, KL, Putrajaya), Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Penang dapat cuti lama sikit. 

Hujung minggu, topik cerita santai-santai je. Kongsi cerita pear shaped safety pins comel pelbagai warna yang baru mendarat dari China. Kenapa tak beli dari Malaysia je? Ada je local seller jual pear shaped safety pins.

Kadang kena jadi pembeli bijak berbelanja. Kalau local seller, benda murah jadi mahal. Berganda harganya. Benda tak urgent, kita order dari mainland China je lah. 100pcs baru RM1.99 macam tu.

Local seller, 100 pcs dah RM3 lebih. Walaupun masih mampu membeli tapi saja nak beli dari luar boleh tak? Pun bolehhh...Pear shape safety pin murah lagi kalau beli dari China. 

Kalau urgent, memang saya beli dari local seller terus. Tak ada masa nak menunggu. Kira laju jugaklah dari China sampai Malaysia lebih kurang seminggu macam tu. Order 6 April, sampai 13 April. Kira cepat jugak tu kan. Paling tidak kalau order dari China ambil masa seminggu lebih.

pear shape safety pin murah

Pear shape safety pin/ pin keselamatan bentuk buah pear

Diperbuat daripada logam yang fleksibel dan tahan lama. Mempunyai bentuk yang cantik seperti buah pear dan mentol lampu. Bersaiz 21.5mm 0.7mm. Digunakan untuk pin tag, hiasan dan kraftangan.

Saya tertarik nak beli sebab nak menggantikan safety pins black matte yang biasa pakai ni. Pakai jenis old skool ni kadang tersangkut pada shawl. But rosak fabrik je. Brooch memang tak pakai dah. Pakai shawl guna micro pins korea dan kemasan guna safety pin black matte ni.

Safety Pins

Sejak tak boleh pakai brooch bawah dagu disebabkan alergik, saya pakai shawl kaedah lain pin pada tepi tepi guna micro pins. Lepas tu lilitkan je, kemaskan dengan safety pins. 

Itu yang tak guna brooch. Guna safety pins boleh pin tebal sikit. Cuma kena pandai sorok lah sebab dia tak fancy berbatu dan berbentuk cantik.

Perasan ada pear shape safety pin di kat Shopee, terus rasa nak beli. Lebih okay berbanding safety pin biasa tu kan. Cantik pun cantik bentuknya. Ada pelbagai warna pulak tu. Saja beli random colours, boleh matching² dengan warna tudung. Taklah pakai warna hitam je. 

Pakai ikut matching tudung, taklah nampak menonjol sangat safety pin tu kan. Beli random warna 100pcs, tak perasan ter add 3 pek. Itu yang banyak tu. Lepas tu warnanya tak balance, ada yang banyak dan ada yang seketul dua je.

Tips nak elak tudung tersangkut pada pin brooch boleh letak potongan getah pada jarum. Atau boleh beli safety brooch stopper.

12 comments:

  1. ok... baru tahu .... boleh cuba jugakni

    ReplyDelete
  2. Comel je pear pin tu.. menarik juga..
    Aini klau nak beli bende2 byk n x urgent mmg beli luar local la..
    Cina pun cina la..haha.. segala macam semua daripada dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan. Itulah tu, tak urgent dan murah okaylah kan beli dari luar.

      Delete
  3. Comel bentuk pin tudung.. Selalu nampak dekat shopee, adajuga rasa ingin beli tapi tak terbeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..bentuk dia tu comel. Colourful pulak tu kan. Kalau ada keperluan bolehlah beli. Kalau tidak, bye bye je :)

      Delete
  4. saya pernah ada satu je pin jenis macam ni, itu pun tak tau mana dapat hihihi
    leni dah hilang tah di mana. cantik jugak warna2 pear safety pins ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Safety dah jarang orang guna kan kak. Dulu orang guna buat pin lampin baby tapi jenis lain jenis besar kepala dia plastik.

      Delete
  5. Cantik ada pelbagai warna.
    Baru tahu. Akak masih pakai kerongsang lagi belum pernah guna pin begini.
    Tq beritahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik banyak warna boleh pakai ikut kesesuaian warna tudung. Saya tak boleh pakai keronsong, itu yang beralih arah pada pin.
      sama²

      Delete
  6. Comel juga pun bentuk pear ni . Warna pun menarik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bentuk dan warna tu jadi tarikan. plus, pin ni better dari yang biasa. Dia tak rosakkan fabric.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.