Bacaan Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Serta Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

Tarikh puasa Ramadhan 2022 Malaysia jatuh pada hari Ahad, 3 April 2022 (Masihi) bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah) berdasarkan rujukan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun 2022 Masihi / 1443-1444 Hijrah bagi Malaysia.

Tarikh penetapan rasmi permulaan puasa bulan Ramadhan 2022 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8:00 malam pada 29 Syaaban 1443H.

Maksud Puasa

Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“.
Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“.
Niat puasa Ramadhan
sumber : Mufti Wilayah Persekutuan


Niat puasa Ramadhan

Niat puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Hukumnya adalah WAJIB. Tanpa niat, seseorang itu dianggap tidak berpuasa.

Waktu niat puasa Ramadhan

Waktu niat berpuasa bermulanya terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.

Niat puasa Ramadhan harian beserta bacaan rumi

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Niat puasa Ramadhan sebulan beserta bacaan rumi

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Bacaan doa berbuka puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Perkara yang membatalkan puasa ada tujuh perkara

  1. Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak.
  2. Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
  3. Sengaja muntah.
  4. Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
  5. Merancap. Yakni mengeluarkan air mani.
  6. Datang darah haid atau nifas.
  7. Gila dan murtad.
Semuanya membatalkan puasa apabila dilakukan secara sengaja (kecuali gila), jika tidak sengaja, terlupa dan dipaksa, maka tidak batal. Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).

sumber : muftiwp | JAKIM : https://www.islam.gov.my/ms/pengumuman/3044-jadual-waktu-imsak-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-2022-1443h

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT. Aamiin...

12 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال