Buah Limau mandarin biasanya meriah jualannya bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina. Limau Mandarin dianggap sebagai 'angpau' bagi kaum Cina. Tapi jenis limau mandarin mini ni macam mudah nak dapat diluar waktu perayaan. Boleh dibeli dipasaraya, kedai buah atau kedai tepi jalan.
Pernah beli dekat peniaga buah lori tepi jalan, harga limau mandarin mini sebungkus RM15. Boleh tahan mahal jugak harganya kan. Bukan biasa-biasa. Baru ni balik kampung, mak bagi buah limau mandarin mini. Manis rasanya.
Sebelum ni pernah beli di pasaraya Segamat, pada label ada tulis limau mandarin madu. Maksudnya manis lah tu. Ye, memang manis bagai di kata. Sedap makan buah limau mandarin mini manis ni. Satu memang tak cukup sebab kecil je saiznya.
Sejarah Limau Mandarin
Limau Mandarin di percayai berasal dari kawasan Asia Timur Selatan iaitu Filipina, Selatan China, Jepun dan juga Australia Utara.Dua jenis limau dibawa dari Canton ke England pada 1805 dan kemudian disebarkan di kawasan Meditrenean serta Italy pada 1840 sebelum di jadikan tanaman diminati dikawasan tersebut. Penanaman limau mandarin di perluaskan ke Amerika dan Amerika Selatan pada tahun 1908 dimana ianya menjadi komoditi penting di usahakan di sekitar Kansas, Alabama dan beberapa negara seperti Brazil, Canada Mexico sehinggakan berlaku limpahan bekalan pada tahun 1970-1972.
Pokok Limau Mandarin lebih tahan pada cuaca sejuk dan juga panas atau kemarau panjang berbanding Limau Oren.
LIMAU MANDARIN (Citrus recticulata)
Merupakan sejenis limau yang banyak di tanam dan di makan oleh penduduk dunia. Limau ini adalah dari Keluarga RUTACEAE.Limau ini mendapat permintaan tinggi diantara beberapa jenis limau kerana rasanya yang manis, senang di kupas, banyak jus, tahan penyimpanan dan mempunyai teknologi yang lengkap untuk pengeluaran besar-besaran secara komersial dinegara tertentu.
Limau Mandarin juga di panggil sebagai Tangerine, Satsuma, Clementine, Kinnow, Tagor , Sweet orange, Naranjita (Filipina), Mandarina (Sepanyol), Chinese Mandarin dan banyak lagi.
Pengeluaran limau mandarin didunia lingkungan 27-30 juta metrik tan setahun dengan Negara China mengeluarkan sebanyak 16.5 juta mt setahun (54% pengeluaran dunia) diikuti dengan Sepanyol (1.97 juta mt) dan Brazil (1.2 juta mt setahun).
Keluasan tanaman Limau Mandarin di Malaysia dianggarkan sekitar 140-160 hektar CHE sahaja walau pun 10 tahun dulu keluasan tanaman ini mencecah lebih dari 500 hektar.
Negara pengeluar limau mandarin :
- Jepun
- Morocco
- Korea Selatan
- Mesir
- Turki
- Iran
- Thailand
- Pakistan
Keluasan tanaman Limau Mandarin di Malaysia dianggarkan sekitar 140-160 hektar CHE sahaja walau pun 10 tahun dulu keluasan tanaman ini mencecah lebih dari 500 hektar.
Khasiat limau mandarin
- Ketahanan terhadap penyakit
- Mengawal kolesterol
- Menurunkan tekanan darah
- Kuatkan tulang
- Tingkatkan kesihatan usus
Jika dimakan secara berlebihan pasti akan memberikan keburukan. Jadi makan kena berpada pada. Pastikan basuh dulu kulitnya. Biasanya akan menyebabkan sakit tekak dan batuk. Kan?
sumber : animhosnan | mstar
sumber : animhosnan | mstar
sedap dan manis ni yg kecil2 mcm ni
ReplyDeleteA'ah tapi ada jugak masam seketul dua.
Deletek ret pun suka yg mini ni... slalu nya mmg manis semanis org yg memakan nya ahahhaa
ReplyDeleteHahaha..itu dah pasti!
Deleteada jg beli..memang manis..
ReplyDeleteManis tu yang boleh makan lagi kan. Kalau masam jenuh nak habiskan.
DeleteYang takde biji tu sekali ngap aje sebiji
ReplyDeleteA'ah wak. Senang ngap terus.
Deletedpt yg manis mmg syok
ReplyDeleteLaju makan kalau dapat yang manis tu :)
DeleteOrange kecik2 ni biasanya manis kan...selalu beli...pas tu dia ada yang xde biji kan
ReplyDeleteTapi ada jugak yang masam sikit dan ada biji seketul dua. Mostly manis lah :)
DeleteBaru tahu Limau mandaring ini boleh kuatkan tulang. Saya suka limau mandarin kecil sebab selalunya tiada biji jadi boleh ngap begitu sahaja.
ReplyDeleteTak pernah tengok tag "limau mandarin madu". Selalu nampak tengok harga, Harga okay baru masuk dalam troli. Lepas ini kena tengok lah boleh lah tahu limau manis ke tak. hehe.
Info dari sumber dalam link yang saya sertakan tu. Bagus jugak banyak khasiatnya. A'ah mostly tak ada biji. Nanti kalau nak beli, belek beleklah kot ada label limau mandarin madu boleh beli dan rasa kemanisannya.
Deletesuka juga yg jenis kecil mcm ni.
ReplyDeletecomel dan manis :)
DeleteSuka juga makan limau ni. Kena makan 2-3 biji sekali, sebab comei saiz dia. :)
ReplyDelete2-3 biji pun tak puas makan kak nur. hehe..comel sangat saiz dia.
Delete