Header Ads


Rupa Kuih Kole Kacang Kurang Seri Tapi Rasa Tu Ada

Payah ye nak cari kuih kole kacang sedap yang mencapai KPI tekak sendiri. Nak jumpa kuih kole kacang pun payah, inikan nak dapat kuih kole kacang sedap.

Kuih kole kacang terkenal di negeri Johor. Sejenis kuih yang rare tapi ada penggemarnya. Saya tergolong dalam peminat kuih kole kacang. Asal usul kuih kole kacang ni saya pun tak pasti dari mana datangnya. 

Ada juga rezeki merasa kuih kole kacang di bulan puasa ni. Masuk Bazar Ramadhan, macam macam ada kan. Kuih kole kacang ni kurang serinya. Taburan tahi minyak kuih kole kacang dia sendu sangat. Kesian pulak tengok. Ala kadar asal boleh.

Rupa kuih kole kacangnya kurang seri sikit. Biasanya kuih kole kacang ni warna dia macam coklat gelap sikit. Ini macam coklat pudar dan agak padat licin macam puding. Saya suka jenis yang gelap sikit dan kasar sikit. 

Kuih Kole Kacang

Walaupun rupa kole kacang agak mengecewakan tapi rasa kole kacang tu ada. Okaylah dengan harga RM3 untuk 6 potong. Asalkan ada rasa buat lepas teringin tekak okaylah kan.

Ikutkan kole kacang ni sejenis kuih yang mahal juga sebab bukan mudah nak buat. Renyah jugaklah kan?

baca juga : resipi kuih kole kacang sukatan cawan

14 comments:

  1. renyah juga sebab tu tak ramai jual. saya takdelah suka sangat, tapi takdelah tolak. Betul tu, kalau warna coklat gelap lagi nampak menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda susah nak buat ni kena fikir banyak kali nak menjual berbaloi ke tidak dengan modal dan usaha. Saya suka kalau rasa teringin makan je lah. Tapi itulah susah betul nak dapat yang mencapai tahap KPI selera kita.

      Delete
  2. Iyelah Fizah. Nampak pucat sikit warnanya.
    Yang penting rasa dia sedap, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang menarik sikit kan warnanya Kak Amie. Alhamdulillah rasa dia tu okay lagi lah.

      Delete
  3. Nampak macam versi depa rebus kacanh hijau & blend dengan santan..Tu warna dia macam tu..Rasanya la...Wallahua'lam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Saya pun tak tahu sebab tak pernah tahu pembuatan kuih kole kacang ni macam ana. Mama cella tahu mesti biasa buat kuih kole kacang ni dulu dulu.

      Delete
  4. Belum pernah coba kak, teringin jadinya. Tapi imagine rasa kacangnya, pasti sedap. Saya suka any cake or cookies yg terbuat dari kacang macam tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada jumpa nanti datang Malaysia, wajib cuba tau. Kena cuba baru tahu rasa dia macamana. Peminat kacang mesti jatuh cinta dengan rasa kuih kole kacang. Harap nanti dapat yang sedap.

      Delete
  5. Mak saya peminat kuih kole kacang ni... a ahlah, warna kok cerah ek.. Takpala.. asal sedap di tekak.. ok dah tu .. Alhamdulillahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh geng dengan mak nona.
      Alhamdulillah..Nasib baik sedap.

      Delete
  6. Replies
    1. Betul, tapi itulah susah nak jumpa yang sedap Lyana.

      Delete
  7. Replies
    1. A'ah..susah nak jumpa orang jual kuih ni. Itu yang macam teringin lama tak makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.