Ayam Goreng Tepung Bestari Rangup, Sambal Penyet dan Timun

Azhafizah MN
By -
34
Menu berbuka hari pertama serba ringkas. Masak ayam goreng tepung bestari rangup. Stok sambal penyet/geprek dah siap sedia stoknya. Lepas tu potong timun sebagai ulam. 

Masih mengekalkan masakan ringkas berbuka puasa. Dengan syarat ada hidangan utama dan sayur. Jarang membeli kuih muih. Sejenis malas nak membeli di Bazaar Ramadhan. Rugi kalau dapat karipap inti oksigen.

Moreh kadang ada kadang tidak. Begitulah…Okaylah tak membazir. Berdua ni ala kadar je sudah. Lainlah kalau ramai, kena tambah menu lain.

Kadang lepas terawih tu, rasa cepat betul mengantuk. Nak moreh pun tak menyempat. 

Ayam Goreng Tepung Bestari Rangup, Sambal Penyet dan Timun

Resipi ayam goreng tepung bestari rangup

Cara goreng ayam rangup tepung bestari

  1. Bersihkan ayam dan toskan sekejap (atau lap dengan tisu)
  2. Masukkan tepung bestari dalam bekas, masukkan satu persatu ayam dan goncang sampai serata tepung menyaluti ayam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak kekuningan.

Tags:

Post a Comment

34Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Lama tak makan ayam goreng tepung bestari.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli ready stok tepung. Anytime boleh masak nona :)

      Delete
  2. akak pun biasanya menu ringkas dik, semalam berbuka dengan mee goreng pastu kuih akak buat kuih getas, air teh o panas... habiskan coktail hari sabtu, masak menu nasi kadang waktu hujung minggu je

    akak pun suka goreng ayam dengan tepung bestari gini, ringkas tapi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serba ringkas je senang kan kak. Tak ramai beginilah :) Kalau ramai kena meriah jugak hidangannya.

      Delete
  3. simple camtu pon sedap! lg ok xke bazar.. xdela membazir..
    bazar pon rmai org.. huhu

    ReplyDelete
  4. Dengan Bestari je ayam goreng boleh elok rangup dan sedap kannn hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Buat untuk sotong dan udang pun sodap!

      Delete
  5. Simple - simple kalau tak ramai kan...ni lepas ni akak akan masak simple la sebab adik2 semua dah balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Tak ramai beginilah, lauk simple simple je sudah. Kalau ramai memang kena meriah sikit menunya.

      Delete
  6. Akak pun suka lauk simple macam ni. Lauk 1 je. Pastu ada sambal dan sayur atau ulam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulam dan sayur tu wajib ada baru best makan dengan lauk utamanya.

      Delete
  7. Kinah pun selalu buat macam ni. Walaupun simple kalau kena dengan regu dia tak cukup sepinggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...berselera makan. Tapi biasa masak nasi cukup cukup je. Tak boleh tambah. hihi...

      Delete
  8. Replies
    1. Ya, saya guna kaedah salut tepung kering je tanpa bancuh dengan air.

      Delete
  9. Tepung Bestari dah macam item wajib di dapur sekarang ni... takde idea nak masak, goreng ayam salut tepung ni pun dah laku keras :D
    Selamat berpuasa Fiza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Wajib ada stok. Memang laku keras. Kalau tak ayam, udang, sotong atau cendawan tiram pun sedap goreng guna tepung bestari ni.

      Selamat berpuasa jugak kak :)

      Delete
  10. hahaha sama lah kita tak suka beli dekat bazar sebab kualiti makanan menyedihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kualiti tak setanding harga kadang. Mana yang sedap tu okay lagilah kan. Itulah, masak sendiri je lah ikut taste sendiri.

      Delete
  11. Nina pun suka jugak. Goreng cendawan shitake

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah goreng cendawan jugak tapi cendawan tiram. Sedap kan kalau goreng cendawan guna tepung bestari ni. Buat kudapan.

      Delete
  12. Sedaaap kelihatannya kak 😍. Saya jadi teringin nak buat ayam geprek juga untuk besok 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidangan menu yang ringkas dan sedap. Bolehlah buat nanti untuk berbuka atau sahur.

      Delete
  13. Sekarang ini mak abah buka di masjid. Akak ini yang masih teragak-agak hendak buka di sana.
    Bagus Fiza, ayam goreng celup tepung memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak tu berbuka di masjid sekali senang sampai terawih. Ikut cara masing-masing :)

      Ayam goreng tepung bestari terpaling senang nak buat kak. Sedap pun sedap. Tak payah pening nak masak apa. hehehe...

      Delete
  14. Replies
    1. Ayam goreng disaluti tepung bestari bertambahlah sedapnya :)

      Delete
Post a Comment