Header Ads


Pelembap Muka Yang Ada Niacinamide Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Dulu pernah alami masalah kulit muka berminyak. Stress! Siapa je yang tak stress bila kulit muka berminyak. Berkilat je nampak kulit muka. Memang tak selesa bila ada masalah kulit muka berminyak ni. 

Punca kulit berminyak ni ada banyak sebabnya, antaranya :

Punca masalah kulit muka berminyak

  • Perubahan hormon : Perubahan hormon biasanya terjadi kepada wanita hamil dan wanita datang bulan. Pada masa ni hormon tidak stabil dan tubuh badan cenderung untuk keluarkan minyak yang berlebihan pada muka.
  • Tak jaga pemakanan : Suka makan makanan yang jenis berlemak, mengandungi gula tinggi, makanan bergoreng, makanan segera dan sewaktu dengannya.
  • Faktor genetik : Secara tak lansung mungkin akan cenderung mewarisinya.
  • Stress : Kurang rehat, penat bekerja, resah antara punca stress. Dalam keadaan stress boleh menghasilkan hormon kartisol yang menyebabkan minyak muncul pada kulit muka.
  • Polar tidur : Kurang tidur dan berjaga malam akan membuatkan badan kita kurang rehat. Perlu dapatkan tidur yang cukup untuk kualiti rehat yang terbaik.
  • Cuaca panas : Cuaca panas akan menyebabkan cepat berpeluh. Bila muka berpeluh berkilat akan menyebabkan minyak berlebihan keluar. Kulit muka berminyak tak terkawal 

Kulit berminyak bukan je rasa tak selesa tapi akan menyebabkan munculnya jerawat tak diundang. Bertambah stress jadinya bila masalah penyakit kulit lain pulak yang datang. Dari pengalaman saya yang pernah melaluinya, bila kulit jenis berminyak ni rasa macam malas betul nak pakai pelembap muka.

Sebabnya rasa kulit menebal je bila pakai pelembap. Bila berpeluh, rasa rimas pun ada! Tahu tak jenis kulit berminyak ni datang sekali dengan pakej kulit kering. Sebabnya bila kulit kita kekurangan air, kulit akan mengeluarkan minyak berlebihan.

Lepas tu jadilah kulit berminyak. Itulah pentingnya pakai pelembap muka untuk melembapkan kulit muka dan dapat kawal kulit berminyak berlebihan. 

Tips memilih pelembab muka untuk kulit kering dan berminyak, kena pilih yang jenis ringan, tak melekit, mudah meresap dan paling penting kena tengok pelembap muka yang ada NIACINAMIDE.

Penggunaan produk yang konsistent juga akan menjadikan pori-pori kulit lebih bersih disebabkan niacinamide ni mampu membantu mengawal penghasilan minyak. Kulit yang berminyak tak akan menjadi kering, dan kulit yang kering tak akan menjadi berminyak. Begitulah ceritanya.

Saya dah jumpa produk yang sesuai dengan jenis kulit berminyak dan kering iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening cream. Boleh baca Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream review saya sebelum ni untuk maklumat lanjut.

pelembab muka yang ada niacinamide-hansaegee nature aqua whitening cream

Dah masuk bekas kedua. Tahu-tahu dah keluar pek baru dan upgrade bahan baru. Yang bawah tu pek lama. Jangan terkeliru pulak ye.

pelembab muka yang ada niacinamide-hansaegee nature aqua whitening cream

Apa Itu Niacinamide

Niacinamide adalah vitamin B3 yang ada pada beberapa jenis makanan ikan salmon dan sayuran hijau.  Niacinamide mula digunakan pada abad ke-20 untuk mengubati penyakit kulit yang diakibatkan oleh kekurangan vitamin B3 (atau lebih dikenali sebagai pellagra) yang menyebabkan kulit menjadi radang, kering dan mengelupas.

Fungsinya untuk kesihatan otak, kesihatan kulit, sistem pencernaan dan sistem saraf manusia. Produk berasaskan Niacinamide banyak digunakan dalam bahan penjagaan kulit khususnya untuk kulit berjerawat. 

Ia membantu memperkuatkan pertahanan lapisan kulit paling luar, menghilangkan kemerahan yang berpunca dari jerawat dan meredakan jerawat yang meradang.

Pelembap Muka Yang Ada Niacinamide Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Fungsi Niacinamide pada kulit muka

  • Melembap dan menghaluskan kulit. Ketika disapukan pada kulit, produk kecantikan yang mengandung niacinamide dapat membantu mengurangkan radang pada kulit.
  • Membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Membantu mencerahkan kulit. Niacinamide membantu merangsang produksi kolagen kulit sehingga noda hitam bekas jerawat menjadi pudar dan samar.
  • Berdasarkan kajian, niacinamide mempercepatkan proses baik pulih DNA kulit yang rosak akibat pancaran sinar UV.
  • Niacinamide dapat menggalakkan penghasilan kolagen dan terbentuknya elastin baru sehingga kedutan halus serta kulit yang kendur kembali anjal dan lebih sihat.
Terpaling suka dengan teksturnya yang pekat, tidak melekit dan mudah meresap bila disapu. Tak rasa rimas dan tak risau kulit berpeluh sekalipun sebab dia tak menutup pori pori kulit muka. Kulit berminyak pun terkawal.

hansaegee nature aqua whitening cream

Jenis pelembap water based ni memang best pakai. Nampak tak kulit elok je lembap dan glowing. Seronok pakai sebab bila sapu tu keluar titisan air. Produk lain mana ada, kan? Lain dari yang lain dan powerful melembapkan kulit muka.

Pakai pelembap muka hansaegee nature aqua whitening cream ni jugak dapat mencantikkan lagi makeup tanpa capuk dan tahan lama untuk mereka yang suka makeup lah. 

hansaegee nature aqua whitening cream

Recommended Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream untuk mereka yang tercari cari jenis pelembap muka yang ada niacinamide terbaik untuk kulit berminyak dan kering. Sesuai sangat! Seriously bila sapu pertama kali dah suka pakai. 

Paling best kulit tak berminyak sangat. Tak rasa macam pakai pelembap pun. Selesa dan lebih yakin nak tepek pelembap tanpa rasa malas. 

10 comments:

  1. pelembap jenis water based sesuai utk orang kulit berminyak sebab tak rasa melekit bila pakai ke kulit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak melekit tu baru selesa dan rajin nak pakai pelembap.

      Delete
  2. brand ni memang famous dan bagus. kulit berminyak pun kena pakai pelembap. ni ramai tak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk bagus mesti ramai guna. Semua jenis kulit pun kena pakai moisturiser :)

      Delete
  3. Betullah apa Fizah tulis tentang kulit berminyak tu. Akhir-akhir ini Kak Amie tak jaga waktu tidur, kadang sampai pagi tak tidur sebab siapkan tugas hakiki. Memang rasa rimas semacam sebab dah tak jaga / tak buat rutin penjagaan wajah seperti selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak faktor menyebabkan masalah kulit berminyak ni. Faham sangat kalau sibuk sampai terabai nak jaga kulit muka tu.

      Delete
  4. Dulupun saya pernah pikir kalo kulit berminyak tak payah lah pakai moisturizer. Makin berminyak takutnya. Tapi ternyata itu salah sangat. Justru tetep harus pakai supaya kulit tak memproduksi minyak lebih banyak.

    Kulit saya kombinasi kak, jadi prefer cari moisturizer yg water based. Produk di atas blm masuk lah ke Indonesia. Tapi skr inipun saya pakai skincare Korea yg ada kandungan niacinamide.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun dulu fikir macam tu dan kurang selesa. Jenis kulit macamana sekalipun wajib pakai pelembap. Water based memang bagus kurang berminyak dan tak melekit. Banyak K-product mengandungi niacinamide sekarang, kena pilih yang paling sesuai dengan kulit dan bajet kita.

      Delete
  5. ccl pun pakai pelembap jenis water based sebab keadaan kulit muka combination to oil , niacinamide ni selain melembapkan kulit , bg hidrate , ia juga dpt mencerahkan kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, fungsi dia macam macam jugak kan. Bagus pilih produk yang ada niacinamide ni, teknologi lagi better untuk penjagaan kulit.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.