Header Ads


Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok Lagi

Ehh bukan body shaming tau! Dah nama dia begitu. Harini soalan nak masak apa, dijawab dengan "ayam masak kicap!" Ocey! Pengaruh tiktok betul kan. Saya buat ayam kicap ala 3 budak gemok ulang semula menu 13 puasa haritu. 

Ala-ala je sebab tak ada daun kari dan tak digaul dengan rempah kari semua tu. Ayam digoreng dengan garam dan serbuk kunyit je. Tumis hirisan bawang merah. Lepas tu masukkan bawang merah, bawang putih dan cili api yang ditumbuk. Cili kisar sikit.

baca juga : resipi ayam kicap mudah 

Dah elok masak garing dan pecah minyak masukkan ayam goreng tadi, bawang potong, cili potong dan potongan tomato. Ada pedas ada masam sikit. 

Last sekali tuangkan kicap dan kacau rata. Tak payah masukkan garam kalau dah guna kicap tu. Siap!

Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok

Hidangkan bersama sambal gesek dan juga hirisan timun. Simple betul menu 27 puasa. Kejap je dah 27 puasa. Ada yang dah sampai ke tu? Sana sini rancak jem. Hari hari ramai balik kampung. Kami dah bersedia hadap jem ke Kuala Pilah tu nanti.

Harapnya nanti tak jem lah. Perjalanan yang sepatutnya setengah jam kalau jem teruk boleh jadi 2 jam jugak.


8 comments:

  1. Nampak sedap tu Fizah. Lagi-lagi kalau pairing sambal gesek pedas. Nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah kena lah tu ayam kicap tak berapa manis dengan sambal gesek :)

      Delete
  2. sedapnya ayam kicap. fav syu, slalu jgk buat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam kicap memang sedap kan. Simple je pun nak memasaknya.

      Delete
  3. fav menu ni tp bln ramadhan aritu tksempat masak menu ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.