Header Ads


Kuih Puteri Ayu

Kuih Puteri Ayu, sejenis kuih yang lahirnya dalam keluarga kuih apam. Tapi dia macam cantik sikit kejadiannya sebab dibuat mengikut acuan dan ada kelapa parut di atasnya. 

Adakah sebab itu namanya puteri ayu? Atau penciptanya bernama ayu? Kenapa nama dia puteri ayu, saya pun tak pasti. Siapa tahu asal usul kuih puteri ayu, silalah menjawab dalam kotak komen ye.

Kuih puteri ayu

Kuih puteri ayu berwarna hijau bawahnya. Biasanya adunan diperbuat daripada daun pandan untuk menghasilkan aroma pandan yang wangi dan rasa pandan yang sedap. Lembut seperti kek span. 

Bahagian atas ada kelapa parut padat yang digaul dengan garam untuk rasa lemak masin. Kombinasi yang sedap.

Dibuat dengan kaedah kukus. Bayangkan masa bukak penutup pengukus tu, aroma pandan semerbak baunya. Buat rasa tak sabar nak makan. 

Kuih Puteri Ayu

Kita tak pandai buat dan nak makan sikit je, lebih baiklah beli. Dapat yang sejuk pun sejuklah. Boleh je kukus semula tapi kemalasan tu menebal. Kita ngap je lah apa yang ada depan mata.

Beli kuih untuk hidangan moreh. Sempat jugaklah simpan untuk moreh. Kuih puteri ayu ni tak boleh simpan lama sangat. Sebab kuih jenis ada santan dan kelapa ni cepat basi kalau tak disimpan dengan betul. 

Ada masa dan kerajinan, boleh jugak cuba buat kuih puteri ayu ni. Tengok resipi nampak macam mudah. 

Resipi kuih puteri ayu sukatan cawan

Bahan-bahan 
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovalette
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
2 sudu makan patu pes pandan
1 penutup pewarna hijau

Bahan kelapa parut
kelapa parut
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum (Gaul sebati. kukus sekejap)

Cara penyediaan
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder
  2. Putar telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
  3. Masukkan santan selang seli dengan tepung.
  4. Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Mutar sebati lagi sekali.
  5. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
  6. Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar.

Tips :
  1. Panaskan pengukus dahulu : Panaskan mengukus, sementara mula untuk membancuh adunan puteri ayu kerana untuk menyediakan aduanan ini sangat mudah dan cepat.
  2. Pukul atau putar telur dan gula hingga kembang : Putar atau pukul telur bersama gula pasir dan bahan penaik (ovelete) hingga kembang. Tambahkan esen vanilla dan sedikit garam, pukul hingga kembang. Ia penting agar apam tidak mendapat selepas dikukus.
  3. Guna tepung berprotein sederhana & tepung jagung : Selepas adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Menggunakan tepung berprotein sederhana mampu membantu apam mengembang dengan elok yang memberikan tekstur yang empuk dan lembut. Masukkan dua jenis tepung yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Untuk meratakan campuran tepung boleh gunakan spatula dengan cara kauk balik.
  4. Campur santan, air dan pewarna hijau : Setelah campuran telur dan tepung sekata, tambahkan bahan cairan campuran santan pekat air pandan dan perasa pandan. Air pandan adalah hasil dari daun pandan yang dikisar halus dan ditapis airnya. Air pandan memberikan aroma pandan yang wangi, pewarna hijau memberikan warna hijau lebih menarik.
  5. Kelapa parut sebagai kepala atau topping : Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, sapu acunan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sedikit kelapa parut yang telah diambil bahagian putihnya sahaja dan gaulkan dengan secubit garam halus. Padatkan kelapa parut, kemudian tuangkan adunan apam 3/4 acuan. Lakukan hingga adunan habis.
  6. Kukus tidak lebih 20 minit : Susun acuan dalam pengukus dan kukus dalam pengukus yang telah sedia dipanaskan selama tidak lebih dari 20 minit menggunakan api besar. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Keluarkan dari acuan apabila sejuk.
sumber resipi : https://www.rasa.my/ini-6-cara-buat-puteri-ayu-yang-lembut-gebu-senang-je/

22 comments:

  1. Cantiknya kejadian kueh puteri ayu dalam gambar atas. Ada puteri ayu warna coklat dah sekarang. Atas dia cheese. Akak pernah nampak, tak pernah cuba. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai pembuatnya kan. Setakat ni tak pernah jumpa lagi yang ada cheese. Kalau jumpa bolehlah cuba rasa. Tapi itulah yang asli macam ni jugak yang menjadi pujaan.

      Delete
  2. Uiii...kuih fav anak-anak saya ni.Depa panggil kuih " tayar traktor" sebab ada sejenis lagi acuannya kuih puteri ayu ni.Rupa dia bergerigi macam tayar traktir🤣
    Zaman muda pernah buat.Sejak dah tua tak baut dah..sebab beli ja🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yang jenis swirl tu. Memang ada rupa tayar tractor. Mesti sedap mama cella buat, itu yang jadi fav anak anak.

      Delete
  3. aritu dgr radio sinar dj hafni saad dia teringin nk mkn kuih ni. puas dia cari kt bazar x de. sy suh dtg umah fiza je laa😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hefny Sahad eh? Malang dia kalau datang rumah saya sebab bukan saya buat. Beli je mampu. Silap recommend ni Anies. hehehe...

      Delete
  4. Akk suka kuih puteri ayu ni...
    Cuma kadang tu ada yg kurang gebu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..Pernah juga dapat yang kurang gebu. Potong selera sikit kan.

      Delete
  5. sedap kuih ni..selalu beli je tak reti nak buat. nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. nampak macam mudah, tapi saya rasa kuih tradisional ni kena ada seni dan sains nya. kuih puteri ayu kalau gebu baru sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok memang mudah tapi kalau pertama kali nak cuba mesti rasa susah sikit kan. Betul, hanya pakar je tahu. Kann..kalau gebu tu baru sedap.

      Delete
  7. Cantik warna hijau kuih puteri ayu tu Fizah.
    Dulu Kak Amie rajin buat, seronok sangat bila hasil kejadiannya sangat sempurna. Sekarang nak makan, beli saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri ayu ni selain rupa dia yang cantik, warna hijau tu memainkan peranan jugak kan Kak Amie. Puas hati kalau hasilnya memuaskan. Hehe..kalau ramai ramai bolehlah membuat. Setakat nak makan 2-3 orang makan beli je lah senang. Cuma rasa tu berbeza lah dari buat sendiri.

      Delete
  8. Naaah kalo kue nih ada di Indonesia, tapi namanya Putu Ayu. Sayapun sukaaa sangat. Apalagi kalo ketemu seller yang pandai bikinnya. Karena pernah juga Nemu yang rasanya tak lembut. Kelapanya kasar.

    Suka kue nih karena wangi juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Putu Ayu namanya. Tetap jugak ada nama Ayu. Untung sangat kalau dapat beli dari pembuat yang pakar buat putu ayu. Suka jenis lembut tu. Betul, wangi pun membangkit selera makan.

      Delete
  9. dlu2 biasa mama akak buat..skarang ada versi cheese puteri ayu..sedap juga tp yg ori tetap dihati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kalau mak mak kita buat kan. Tulah, ada komen kat atas pun cakap ada versi cheese. Tapi belum pernah jumpa lagi. Yang ori semestinya lagi sedap.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.