Header Ads


Ikan Bawal Sambal Dan Sayur Campur

Berbuka hari ke enam belas berpuasa, barulah berkesempatan berbuka di kampung. Kebetulan mak mentua ada balik kampung. Boleh mengemas apa yang patut sebelum raya. Encik suami dengan kerjanya nak meracun semak yang dah meninggi. Galak betul lalang tumbuh musim hujan ni.

Menu berbuka ringkas juga. Kami berempat je pun, tak ramai. Tapi meriah juga sebab biasa berbuka berdua je. 

Menu berbuka 16 Ramadan

Mak masak ikan bawal sambal, tugas masak sayur diserahkan pada saya. Udang, cendawan, carrot dan kobis. Bahan tumis bawang besar separuh, bawang putih 2 ulas dan cili merah besar. Sap sap sui siap! pukul 7 baru masak sayur baru sedap makan sayur panas panas.

Adik ipar semalamnya ada buat popiah difrozenkan. So tinggal goreng dan buat kuah sambal manis je. Ayam gulai leftover, panaskan je.

Selain ikan bawal masak sambal, ikan bawal masak apa sedap? Saya tak pernah beli dan masak ikan bawal. Makan ikan bawal ni kat rumah mak je. Biasanya mak masak ikan bawal sambal.

Nota :
Sap-sap Sui
Meaning: Extremely easy or it's an easy job. A word derived from Cantonese dialect.

10 comments:

  1. Ahad lepas menu kami pun bawal jugak. masak kari tanpa santan dan goreng garam kunyit. sedap jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak tu masak kari tanpa santan atau goreng pun sodap! Ikan bawal ni nipis, kena cari yang besar baru isi cam banyak sikit kan.

      Delete
  2. sap sap sui di Indonesia orang kate sat set sat set..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..lain dia punya slang. sat set sat set..comel bunyinya.

      Delete
  3. Replies
    1. masakan mak mak memang sedap. Cuma sayur saya masak tu biasa je :)

      Delete
  4. Sedapnya.Bulan puasa ni puasa pertama kedua je sempat masak. Yang lain semua berbuka kat rumah mama. Sahur pun tapau lauk rumah mama. Tak sabar nak settle urusan pindah rumah ni sebab dah lama tak masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..untung rumah mama dekat. Senang ada urusan mama ada :)
      Semoga Allah permudahkan urusan pindah rumah nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.