Header Ads


Ayam Goreng Kunyit Campur Kacang Panjang

Tak ada idea nak masak apa, masak ayam goreng kunyit campur kacang panjang je lah untuk dijadikan menu berbuka. Baru beli kacang panjang semalam, itu yang macam teringin makan sayur kacang panjang. Pulak tu isi ayam yang diasingkan tu tak susut lagi, eloklah kita buat lauk menu 2 in 1 je.

Senang kerja masak bila masak lauk menu 2 in 1. Siap sekali sayur tak payah nak menumis dua kali. Biasanya menu 2 in 1 macam ni saya suka masak udang campur kacang panjang. Kaedah berbeza sikit, ayam kena goreng dulu baru campur bahan lain.

Kalau udang mudah sikit, tumis bahan boleh terus masuk udang je. Masak ayam kenalah goreng dulu baru sedap. Kalau masuk lepas tumis bahan tu macam juicy sikit. Tapi saya sukakan rasa ayam yang digoreng terlebih dulu. Baru sedap!

Ayam Goreng Kunyit Campur Kacang Panjang

Masak cara saya, potong ayam dalam saiz kecil untuk lebih cepat masak. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam dengan menggunakan minyak yang sikit. Bila dah separuh masak, masukkan hirisan bawang holland, hirisan bawang putih dan hirisan cili api. 

Kacau kacau, masukkan potongan kacang panjang dan masukkan 1/2 sudu besar serbuk pasti sedap. Baru betul betul sedap! Kacau rata dan biarkan kacang panjang masak sekejap. Siap!

Okay, satu lauk je cukup.

20 comments:

  1. Ohh macam tu baru nampak cantik kejadiannya ek..sebelum ni tumis bawang dulu..boleh try macam fiza buat pulak, goreng ayamnya dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni cuba goreng ayam dulu, lepas tu baru tabur bawang dan cili :)

      Delete
  2. kalu letak carrot dgn bawang dah leh jd ayam kunyit mat rock hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Bawang tu ada cuma tak berapa meriah. A'ah kan. Lupa pulak nak campur carrot. Next menu lah kita cmpur carrot.

      Delete
  3. Lauk ni kalau makan panas-panas...laju ni Fiza...Kena pula ada sambal penyet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak payah lauk lain pun takpe. Uishhh ada sambal penyet lagilah bertambah selera.

      Delete
  4. Samalah macam akak masak. Kena goreng ayam dulu. Sedap lauk ni.

    ReplyDelete
  5. Itulah akak pening lauk banyak-banyak. Letak semua lauk pada nasi rasa caca marba.
    Lauk ringkas Fiza buat jimat masa dan tidak membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang makan lauk ringkas bulan puasa ni. Kerja masak pun jadi cepat dan tak membazir masak untuk sekali hidangan je.

      Delete
  6. Baguslah satu lauk je. Banyak-banyak nanti membazir

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah..sedap ikut tekak sendiri.
      Selamat berbuka puasa juga wak.

      Delete
  8. Berselera laa kalau menu ni gabu2nd pulak dengan sambal hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam pedas pedas tu yang sedap tu kan. Menambah selera makan.

      Delete
  9. Replies
    1. Untung sangat lauk kesukaan anak-anak lauk simple macam ni. Senang nak masak pun ye.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.