Rendang Ayam Pedas Berkuah

Sampai rumah dari kampung lebih kurang waktu zohor macam tu. Sebelum tu sempatlah singgah beli barang dapur sikit kat kedai runcit Pilah. Satu kegembiraan dapat beli bahan-bahan dapur segar. Yang penting cili api kampung ada. Taugeh pun segar elok je.

Dalam perjalanan balik tanya encik suami nak makan apa harini? Diusulnya lauk ayam goreng atau  lauk telur. Hmm...taknaklah. Masak rendang ayam okay tak? Okay je katanya.

Tiba-tiba pulak datang mood rajin nak masak rendang. Sebenarnya teringin! Bila teringin dia auto rajin tetiba.

Kemas barang, basuh baju, mandi dan solat. Pukul 4 terus masuk office oil and gas. Kelentang kelentung masak sorang. Husband off duty tolong sebab pagi dia dah penat potong rumah. Kita bagi dia cuti jadi assistant.

Rendang Ayam Pedas Berkuah

Masak rendang ni kena awal. Biar nanti nak makan, kuahnya elok pekat. Masak pulak tu guna cili api kampung dan lengkuas segar. Sedap teruk jadinya. 

Cuma daun kunyit macam sendu. Ada sikit je. Dalam gambar tenggelam terus tak nampak. Masak ayam rendang pedas versi berkuah lebih sikit.

baca juga : resipi rendang ayam mudah dan sedap

Sejak tahu masak rendang ayam. Bila teringin senang boleh masak je. Tak perlu tunggu raya. Hikmah PKP lah ni bila tak boleh balik kampung makan rendang, kena ada effort sendiri belajar masak.

Rasa tu memang tak sama lah dengan mak mak kita masak. Tapi so far ayam rendang saya masih dapat pujian. Alhamdulillah... Bukan mudah nak tawan selera orang kan.

Sayur mana? Saya buat tauhu sumbat dan sambal manis je. Tapi versi tauhu tak disumbat. Ada taugeh celur, hirisan timun dan tauhu goreng. Tak sempat nak dipotretkan sebab dah lambat nak berbuka. 

18 comments:

  1. Memangg rendang pedas laku keras ni
    mkn dgn apa2 menu pun sodapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laku keras ni. Tapi masak sikit je lah untuk berbuka dan sahur :)
      Kann..makan dengan apa pun sodap!

      Delete
  2. Pasti sedaaaaap nih 😍😍. Saya lebih suka rendang ayam daripada daging sebenernya kak. Malah kalo di padang ada rendang bebek juga. Tapi memang lah masaknya mesti lama dikit, apalagi kalo nak pengen kuahnya menghitam kental 🤣. Saya pernah bantuin mama masak nih, pegal tangan hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ikut selera sendiri sedaplah. Saya pun suka rendang ayam berbanding daging sebab bukan penggemar daging. Rendang itik lagilah saya tak makan. hihi..tapi dah tentu ada penggemarnya. Masak lama sikit baru menjadi ikut kaedah tradisional gitu. Hehe..pedih tu biasa lagi lagi guna cili api.

      Delete
  3. Fuyooooo!! Lauk camni memang sedapp! Ni mcm ala2 lauk kalio klu masakan padang ni...
    Kak ret pun suka kuah lebih hahaha pastu makan nasi panas2 perghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh..jangan mention makan dengan nasi panas panas tu. Teringat ingat pulak.hahaha...

      Delete
  4. Haha masuk office oil and gas, betul berchef di situ, sedap nampak, macam boleh hirup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Chef tak ikut mood. Alhamdulillah, sedap ikut selera sendiri :)

      Delete
  5. Kiranya banyak kebaikkan la masa PKP kan..ada menu2 yang kita tak biasa buat kita dah pandai buat dah kan...dari x pandai masak dah boleh masak lauk simple- simple..akak cuma x pandai buat kuih je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Samalah kita kak, kuih dan kek memang failed. Masak campak campak je tahu :)

      Delete
  6. sedapnya...terbayang pula cicah jemput jemput ke..lempeng ke...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap tu kakyan cicah rendang. Rendang ni jadi pencicah apapun sedap.

      Delete
  7. Warna rendang tu nampak sedap. Dulu waktu dulu - dulu, Nadia tak makan rendang ayam sebab rendang ayam kampung liat. Tapi lama - lama jatuh hati haha.

    Tak sabar nak tunggu raya, nak makan ayam rendang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam kampung memang liat sikit. Tak lama lagi je nak raya, nanti boleh makan rendang :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.