Header Ads


Drama Juliet

Juliet, drama siri melayu terbaru di slot Widuri TV1 lakonan Redza Rosli bergandingan dengan Rita Nadira. Drama Juliet episod 1 mula bersiaran pada 3 Mei 2022, jam 6:00 petang. Tonton drama Juliet TV1 live di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama Juliet TV1 full episode

DRAMA JULIET

Jumlah episod : 26
Mula siaran : 3 Mei 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 6:00 petang
Siaran TV : Slot Widuri TV1 
Penulis skrip : Syed Mohd Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Produksi : Zeel Production

PELAKON JULIET

Rita Nadira
Redza Rosli
Sofia Ibrahim
Louisa Chong
Rozita Che Wan
Azzarima
Haliza Misbun
Shah Iskandar
Khairil Anuar
Mak Jah
Shah Khan
Asha Merican
Scha Elina
Jabir Meftah
Nur Azwani Izzati
Mas Anizan
Halmey Hamdah

SINOPSIS JULIET

Hubungan cinta Julia dan Ashraf terputus selepas mengetahui mereka sebenarnya adalah adik-beradik yang sudah terpisah lama akibat dari konflik silam hingga tidak mengenali satu sama lain.

Julia, hidup serba sederhana bersama dengan ibunya, Maryam. Namun, kehidupan Julia tidak seperti orang lain disebabkan sikap ibunya yang hidup seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kepolosan Julia menarik perhatian Ashraff, seorang anak muda berasal dari keluarga berada. Persahabatan itu membunga menjadi cinta sejati tetapi di halang oleh Maryam yang bencikan orang kaya. Dia yang mempunyai sejarah bersuamikan orang kaya tidak mahu sejarah kembali berulang terhadap Julia.

Ashraff berkongsi kisah cintanya dengan neneknya, Matilda. Matilda menjaga Ashraff seperti menatang minyak yang penuh kerana cucunya membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Sewaktu kecil, ibu bapa Ashraff, Ariff dan Mina terlibat dalam satu kemalangan. Ariff disahkan meninggal dunia manakala Mina mengalami gangguan mental.

Selepas kematian Ariff, Matilda dihantui dengan amanah anaknya itu untuk mencari isteri dan anaknya hasil daripada perkahwinan yang sah tanpa pengetahuannya. Sejak itu, dia tidak pernah putus untuk menjejaki isteri dan anak Ariff.

Setelah 20 tahun mencari, akhirnya Matilda menemui Julia yang disahkan sebagai anak kandung Ariff. Julia di jemput Matilda untuk tinggal dalam rumah agam itu kerana dia juga pewaris harta Ariff. Ashraff tidak dapat menerima kebenaran itu nekad untuk membenci gadis yang dicintainya.

Kehadiran Julia amat dinantikan oleh Mina. Selama 20 tahun, Mina terpaksa berpura-pura ‘gila’ demi menutup dosanya membunuh suami sendiri. Mina tidak dapat menerima hakikat setelah Ariff berkahwin dengan Maryam. Ini kerana dia disahkan mandul dan Ashraff adalah anak angkat untuk mengaburi mata Matilda.

Kehadiran Julia tidak disenangi oleh Vee dan anak-anaknya, Lily dan Isabelle yang memperkecilkan status Julia sebagai ‘anak luar nikah’. Oleh sebab itu, terbit kebencian terhadap ibunya dan enggan pulang ke rumah. Lebih menyayat hati, Ashraff turut bersekongkol dengan keluarganya menghina Julia.

Tanpa pengetahuan semua, Matilda telah merangka untuk membunuh Julia. Disebabkan Julia dan Maryam, menantu kesayangannya Mina mengalami gangguan mental. Matilda menghasut Ashraff untuk menghapuskan Julia kerana harta Ariff akan turut mengalir kepada Julia. Ashraff terhasut bukan kerana harta, tetapi kerana masih tidak dapat menerima hakikat yang Julia sedarah sedaging dengannya.

Julia ‘dibunuh’ oleh Ashraff. Ashraff berkahwin dengan Lily namun tidak bahagia. Keadaan lebih rumit setelah Ashraff mengetahui kegiatan ‘black money’ yang dijalankan oleh Matilda. Matilda tahu, ada seseorang yang cuba untuk menjatuhkannya.

Muncul Juliet dan Susan dalam misi untuk menjatuhkan Matilda. Susan adalah musuh tradisi Matilda dalam kegiatan ‘black money’. Juliet kini bangkit dalam usaha menentang Matilda dan Ashraff, kekasih yang dicintainya itu. Siapakah Juliet?

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.