Drama Risik Pada Hati

Risik Pada Hati, sebuah drama adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya. Drama Risik Pada Hati full episode bersiaran di Slot Akasia TV3. 

Drama Risik Pada Hati full episode

DRAMA RISIK PADA HATI

Tarikh Tayangan : 27 Jun 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Novelis : Hanni Ramsul
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Zamriez Golden Pictures

PELAKON DAN WATAK

  • Alif Satar sebagai Adam
  • Ummi Nazeera sebagai Hayfa
  • Zara Zya sebagai Aisya
  • Shiqin Kamal sebagai Suhara
  • Ifa Raziah
  • Trisha Ooi
  • Izzue Islam
  • Shazia Rozaini

SINOPSIS RISIK PADA HATI

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

“Kenapa uji cinta abang macam ni?” Adam

“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” - Hayfa

“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” - Aisya

Namun, benarkah pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?

10 comments:

  1. Alamak...nama Adam lagi..macam kat mana- mana ada jer nama Adam ni...kena tengok ni citer ni sebab Alif Sattar berlakon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..nama popular dalam novel gitu. Ada Alif satar selalunya cerita macam best kan.

      Delete
  2. Bahaya menguji hati orang kerana hati mudah berbolak-balik.

    ReplyDelete
  3. mama saya sure tgk drama ni sbb ada alif satar hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..samalah. Sebab Alif Satar nak tengok drama ni.

      Delete
  4. Baru ni ternampak Alif Satar, nasib tak cakap kuat Alif Shukri masa bagi tau kat en hubby..hehe.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Harap begitulah sebab pelakon pun hebat hebat semuanya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.