Resepi Ayam 3 Budak Gemok Dan Sambal Gesek Power

Thursday, April 30, 2020

Resepi Ayam 3 Budak Gemok Mudah Masak Cara Fiza | Mari kita teruskan mengejar update menu Ramadhan. Menu Berbuka 4 Ramadhan berbalik kepada menu ayam semula. Teringin Ayam 3 budak gemok pulak dah sebab tiba-tiba teringat ayam gesek power tu lah. Power sangat lah tu sampai buat orang teringin makan. Masak ayam 3 budak gemok pun mudah je. Sambal gesek tu pun dah siap stok awal-awal. 

Resepi Ayam 3 Budak Gemok Dan Sambal Gesek Power

Bahan-Bahan Sambal Gesek Dan Cara Buat Sambal Gesek Power
Goreng 1 biji bawang besar (potong 4), 1 ulas bawang putih, Cili Api Segenggam, 2 biji tomato (potong4). Dah garing tu angkat dan tapis minyak. Tumbuk guna lesung batu kalau tak ada cobek. Nak blend pun boleh. Masukkan garam sikit dan sesudu gula. Adjust rasa ikut citarasa masing-masing.


Bahan-bahan Ayam Kicap 
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai daun kari
garam
serbuk kunyit
serbuk kari
Kicap
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara Masak Ayam Kicap
Potong ayam kecil-kecil dan gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk kari. Goreng sampai masak dan ketepikan. Untuk masak kicap tu, blend bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend, masukkan sekali dengan serai yang telah diketuk. Dah garing sikit masukkan daun kari dan biarkan garing. Masukkan ayam dan masukkan kicap ikut rasa masing-masing. Tak perlu tambah garam sebab dah letak kicap dan dah letak garam masak goreng ayam tadi. Kang terlebih masin pulak.

Hidangkan dengan timun sekali nak di lawan dengan sambal gesek dan ayam kicap manis ni. Sekali makan boleh bertambah dibuatnya. Lagi-lagi makan dengan panas. Aduhaiii..kecur air liur tengok ayam kicap 3 budak gemok ni.

7 comments

  1. dah makin ramai lak masak ayam 3 budak gemok ni ek...semua pun komen sedap..kena cuba lah ni

    ReplyDelete
  2. Resepi yang menarik.. nama nya pun comel.. hehehe

    ReplyDelete
  3. wahh., ayam masak kicap hitam lekat nmpk pon sedap ..

    ReplyDelete
  4. Menu akak banyak pasal sambal gesek.. teringin plak saya nak mencubanyaaaaaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.