Kenali Malaysia Kita

Harini Perdana Menteri Ke-9 Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob sudah pun umumkan Senarai Penuh Barisan Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Persekutuan. 

Senarai Penuh Barisan Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Persekutuan

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan
YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 
YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
 Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad 
Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 
YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan 
YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Banyak sejarah Malaysia tercipta sejak beberapa tahun ni. Apa apa pun yang penting sebagai rakyat Malaysia, kenali Malaysia kita. Sempena bulan Kemerdekaan ni, kita raikan kemerdekaan dengan penuh semangat cintakan negara.

Infografik Kenali Malaysia Kita
sumber : finas



1. Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia turut dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. 

Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

2. Lagu Kebangsaan

Lagu "Negaraku" telah dicipta pada tahun 1957

Lirik lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
(Maestoso)

3. Rukun Negara

Rukun Negara telah diishtiharkan pada 31 Ogos 1970

5 Prinsip Rukun Negara

  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan


4. Jata Negara

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang tlah diperkenankan dan diwartakan oleh Rajaa- Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.

Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu. 

Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan. 

Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri

Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. 

Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

5. Bendera Malaysia

Pertandingan Mereka Cipta Bendera Kebangsaan telah diadakan pada Mei 1948.

14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu
  1. Kedah
  2. Pahang
  3. Kelantan
  4. Johor
  5. Perak
  6. Perlis
  7. Selangor
  8. Negeri Sembilan
  9. Terengganu
  10. Sarawak
  11. Pulau Pinang
  12. Sabah
  13. Melaka
  14. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. 

Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.


6. Bunga Kebangsaan

Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960. 

Pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.


sumber :
https://www.malaysia.gov.my/portal/category/86
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/senarai-penuh-kabinet/

50 comments:

  1. Semoga semua menteri yg baru dilantik dapat menjalankan tugas masing2 dengan sempurna. Jangan musnahkan kepercayaan rakyat…

    ReplyDelete
  2. Ingat buku latihan sekolah dulu ada prinsip rukun negara. Sekarang tak tahu ada ke tak. Tahniah kepada semua menteri. Semoga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..selain sifir, ada juga prinsip rukun negara tu.
      Harapnya begitulah. Aaminn...

      Delete
  3. moga ahli kabinet baru ni dapat bersatu dalam menangani pandemik covid19. tahniah kepada semuanya.

    ReplyDelete
  4. tq fiza atas perkongsian. semoga negara kita sentiasa aman damai

    ReplyDelete
  5. Mufti Zul tak ada. Tak apalah, kasihan tengok beliau selalu kena kecam. Excited nak tengok KJ pegang portfolio menteri kesihatan. Harap Malaysia dapat bebas Covid di bawah pimpinan beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihnya kan. Takpelah, biarlah dia rehat dan lebih tenang. Ye, Menteri Kesihatan itu je rasa macam okay.
      Aaaminnn...

      Delete
    2. Tak apa, biar Mufti Zul beri perhatian pada isu agama tanpa perlu jadi menteri.

      Delete
    3. Betul. Biarlah mereka berehat seketika.

      Delete
  6. Lembaran baharu negara kita. Semoga semua bersatu hati dan membentuk wawasan yang sama untuk membangun negara dan memayungi rakyat keseluruhannya. Kepercayaan dah diberi. Tidak diragut. Tidak dicemari. Tidak mengecewakan. Selamat bertugas semua. Semoga yang baik-baik untuk rakyat dan negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu kak. Besar harapan rakyat dan besar jugak tanggungjawab pemimpin. Semoga mereka tahu dan jalankan tanggungjawab dengan baik. Aaaminnn…

      Delete
  7. Wah YB Khairy Menteri Kesihatan. Kerusi panas kan. Kebanyakan tiada perubahan sangat jawatan. Ingatkan berubah langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerusi yang sesuai dengan beliau sekarang ni. Mostly ramai yang lama cuma bertukar kerusi je lah

      Delete
  8. yg penting menteri pertahanan bukan mat sabu ., hahaha #sarcasm ;p

    ReplyDelete
  9. Dalam ramai- ramai tu suka KJ je...lain bukan x suka..cuma harap mereka melaksanakan tugas seiring dengan portfolio yang telah ditetapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama! Bagus gak dapat kat dia.
      Yang lain tu harapnya buat kerja biarlah seiring dengan jawatan

      Delete
  10. aishh kabinet baru malaysia.. arapnya baik2 je..
    paling xsabar nk tunggu KJ beraksi.. kehkeh

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah
    semua sudah dilantik
    moga tak kecoh2 lg lepas ni he hee

    ReplyDelete
  12. Moga moga ahli kabinet baru under PM ke 9 ni dapat melaksanakan tugas tugas mereka dengan sempurna dan adil.

    ReplyDelete
  13. ibarat... rupanya ada kabinet 'lama' tapi cuma ubah susunan je... heheh

    ReplyDelete
  14. Moga Malaysiaku terus aman, terpelihara dari anacaman luar, sihatlah Malaysiakuuuu dengan adanya team PM kalini.. Huhu... love u Malaysiaku tercinta

    ReplyDelete
  15. Menteri yg muka manis (mak saya suka) Tengku Zafrul is back..yeayy..Menteri Kewangan yg cool..DS TITM kekal di KASA, Alhamdulillah..

    semoga berkhidmat dgn baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Bagus kekalkan mereka yang betul betul buat kerja.

      Delete
  16. Mudah-mudahan Malaysia aman sejahtera. Janganlah asyik menyalahkan antara satu sama lain. Biarlah sesekali kita tanya apa sumbangan kita untuk negara, bukannya asyik bertengkar tanya apa sumbangan negara untuk kita. Bersyukurlah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn...betul tu kak Amie. Pemimpin bersatu dan rakyat juga bersatu.

      Delete
  17. Mudah-mudahan Malaysia cepat pulih. Aman daripada ancaman wabak, aman daripada kekacauan politik, aman daripada pecah belah.

    ReplyDelete
  18. Termiss yang ni ye, moga menjalankan tugas dengan berkaliber, berkarisma, intergriti hendaknya.. InshaAllah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.