Telefilem Ting Tong Love

Ting Tong Love 2020 full movie akan bersiaran sekali lagi pada Sabtu, 17 Julai 2021 jam 9:00 malam di Astro Citra dan Citra HD. Telefilem Ting Tong Love lakonan Naqiu dan Scha Al-Yahya di bawah arahan Hadith Omar.

Telefilem Ting Tong Love Astro Citra

TELEFILEM TING TONG LOVE

Waktu siaran : 17 Julai 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Hadith Omar 
Produksi : Darkwave Pictures Sdn Bhd

SINOPSIS TING TONG LOVE

Hairi sering didesak ibunya untuk berkahwin kerana telah lanjut usia. Ibunya telah memperkenalkan dengan ramai gadis tapi masih tidak menepati ciri-ciri yang Hairi mahukan. Atau dia sendiri tak fikir untuk berkahwin.

Naina, seorang gadis yang membantu ibunya menjual ikan di pasar. Mereka berdua sering diburu pengutip hutang kerana ibu Naina suka meminjam wang. Satu hari, Hairi mengikut ibunya ke pasar dan telah bertemu dengan Naina.

Bosan dengan desakan ibunya untuk berkahwin, Hairi akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan syarat dia boleh memilih jodohnya sendiri.

Hairi mula kenal dengan Naina. Hairi juga bersetuju untuk membantu Naina melunaskan hutang dan Naina pula perlu menyamar menjadi calon isterinya.

Apa akan jadi akhirnya?

PELAKON DAN WATAK

  • Naqiu Boboy sebagai Hairi
  • Scha Alyahya sebagai Naina
  • Aleza Shadan sebagai Datin (ibu Hairi)
  • PS Mansur
  • Alynn Techen

16 comments:

  1. tak pernah tgk naqiu berlakon lagi.
    akak x tgk ni la kot, tak citra :(
    mcm menarik dan kelakar aje jalan citer nyer, fiza.
    poster pun mcm semcm ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. telefilem ni best jugaklah layan santai santai. cliche tapi menarik jugalah. kalau ada kat YT boleh tengok

      Delete
  2. Wah Scha memegang watak penjual ikan. Lari daripada kebiasaan watak

    ReplyDelete
  3. Dah pernah tengok, last last mak mentua pun ikut gaya si Naina.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..mak dia pun tak macam Datin dah. hahaha..sekali berubah terus.

      Delete
  4. Dah lama tak tengok scha berlakonnn, naqiu tu makin murah rezeki dalam bidang lakonan sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya. sesekali berlakon best pulak. Naqiu pun dah banyak berlakon.

      Delete
  5. Tak sabar nak nanti kesudahan watak hairi dan naina

    ReplyDelete
  6. Macam nak tengok sebab teringin pula nak tengok Naqiu ini berlakon..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.