Pretty Little Liars Indonesia

Pretty Little Liars versi Indonesia, sebuah drama adaptasi popular hollywood Pretty Little Liars. Drama Pretty Little Liars Indonesia dibarisi pelakon Eyka Farhana, Shindy Huang, Anya Geraldine, Valerie Thomas, Yuki Kato dan ramai lagi.

Peminat siri drama Pretty Little Liars boleh tonton Pretty Little Liars Indonesia episode 1 mula ditayangkan di Astro Citra pada 5 Julai 2021 setiap hari Isnin, jam 9:00 malam. Juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. 

Pretty Little Liars versi Indonesia

DRAMA PRETTY LITTLE LIARS

Jumlah episod : 10 episod
Tarikh tayangan : 5 Julai 2021
Waktu siaran : Isnin, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra 108 (HD)& 128 (SD)
Pengarah : Emil Heradi

SINOPSIS PRETTY LITTLE LIARS

Mengisahkan tentang 5 orang sahabat baik iaitu Aria, Emma, Hanna, Sabrina dan Alissa. Mereka berlima merupakan gadis paling popular di Universiti Amerta. Pada malam graduasi, mereka berpesta di rumah Sabrina. Akan tetapi semasa mereka bangun tidur, mereka dapati Alissa telah hilang. 

Setahun kemudian, kehidupan Aria, Hanna, Sabrina dan Emma sering diganggu dengan mesej ugutan yang menyalahkan mereka tentang satu rahsia yang hanya diketahui oleh Alissa. Pengirim mesej-mesej itu menggelarkan dirinya ‘A’. 

Mereka berempat yakin bahawa ‘A’ adalah Alissa yang telah hilang setahun lalu dan beranggapan 'A' cuba mengusik mereka berempat. Andaian mereka terus menjadi persoalan apabila mayat Alissa ditemui di halaman belakang villa miliknya. 

Siapakah yang membunuh Alissa? Siapakah ‘A’ sebenarnya jika bukan Alissa?

PRETTY LITTLE LIARS INDONESIA CAST

  • Shindy Huang sebagai Aria
  • Anya Geraldine sebagai Hanna
  • Eyka Farhana sebagai Emma
  • Valerie Thomas sebagai Sabrina
  • Yuki Kato sebagai Alissa Gabriela
  • Wulan Guritno
  • Naufal Samudra
  • Jennifer Coppen
  • Giulio Perangkuan
  • Tegar Satrya
  • Tarra Budiman
  • Cindy Nirmala
  • Irgi Fahrezi

14 comments:

  1. Eyka Farhana berlakon dalam siri pertama sahaja.

    ReplyDelete
  2. Wahh eyka farhana dahhh lebarkan sayap berlakon di Indonesia dahhh. Rambut lebih kurang je empat orang dalam poster tuuu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, melebarkan sayap. lebih kurang nampak sama semuanya kan.

      Delete
  3. Replies
    1. ya, peminat siri hollywood boleh tengok versi Indonesia pulak.

      Delete
  4. I like genre camni...And minat Eyka Farhana.. Huhu.. Ok, SAVED..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau camtu, sila tengok nanti nona. Selamat menonton.

      Delete
  5. Ha ada nmpk kat viu.. Ok nnt bole layan jugak ni

    ReplyDelete
  6. Ada pelakon eyka farhana? Wow dia punya poster kerlas

    ReplyDelete
  7. Ada nampak kat viu.. Macam menarik sebab sirinya pendek..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.