3 Dukun Santet

3 Dukun Santet telemovie ulang siaran yang akan bersiaran pada Sabtu ini 10 Julai 2021, jam 9:00 di Astro Citra dan Citra HD.

Telemovie/Telefilem 3 Dukun Santet berdasarkan kisah benar yang lakonan Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, dan Dayang Areeda.

3 Dukun Santet Telemovie satro Citra

TELEFILEM DUKUN SANTET

Waktu siaran : 17 Oktober 2020, (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra & Citra HD
Pengarah : Azhari Zain
Produksi : Dear Creative Media

SINOPSIS 3 DUKUN SANTET

Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik iaitu Saiful/Epul (Zahiril Adzim), Emma (Isyariana) dan Shasha (Dayang Areeda) yang telah lama berkawan sejak dari zaman belajar lagi. Mereka bertiga bercadang ingin membuka sebuah kafe serta studio persembahan kebudayaan. 

Akan tetapi lokasi cafe tersebut agak terpencil dan jauh menyebabkan Saiful tidak berminat. Setelah dipujuk oleh Emma dan Shasha, aakhirnya Saiful bersetuju untuk pergi melihat kawasan kafe itu. 

Mereka bertiga suka dengan tempat itu walaupun tempat tersebut agak menyeramkan dan sunyi. Saiful pernah mengalami kejadian aneh dan menakutkan disitu tapi tidak menceritakan hal tersebut pada Emma dan Shasha, malah dia sebaliknya bersetuju untuk membuka cafe disitu. 

Mereka bertiga membersihkan dan mencantikkan kawasan cafe itu, malangnya kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku. Mereka mula diganggu dengan teruk sehingga jatuh sakit. Saiful cuba berusaha menghubungi Ustaz dan sebagainya. 

Manakala Emma dan Shasha pula menghubungi seorang dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk membantu mereka memagar tempat tersebut. Dalam masa yang sama menghalau hantu-hantu yang ada disitu. 

Saiful merasakan ada yang tidak kena dengan Mek. Selepas itu gangguan yang mereka terima semakin teruk. Sehingga menyebabkana hubungan persahabatan mereka terjejas. 

Rupa-rupanya ada orang yang sakit hati dan ingin mengenakan dan membunuh mereka sehingga menggunakan khidmat 3 dukun untuk mengacau dan membunuh mereka. 

PELAKON DAN WATAK

  • Umie Aida sebagai Dukun Mek
  • Isyariana sebagai Emma
  • Zahiril Adzim sebagai Saiful/Epul
  • Dayang Areeda sebagai Shasha
  • Maria Farida
  • Zulhusni Zamir
  • Kween Keela
  • Silfeny Osman

21 comments:

  1. Berlakon lagi eh Umi Aida ni.. Ingatkan dah pencen. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last year punya telefilem ni. Tapi latest drama tahun ni pun ada berlakon jugak. Belum nak pencen lagi kot :)

      Delete
  2. Ok.. Save the date! Saya sukaaa genre gini . Huhuuu...

    ReplyDelete
  3. Waaaa umie aida ni selalu berlakon jadi dukunn kannn, minat kalau tengok dia berlakon!

    ReplyDelete
  4. Hehe dukun bertudung. Adakah Mek ini terlibat sekali buatkan bertambah gangguan dihadapi mereka bertiga? Persoalan daripada fikiran akak apabila baca sinopsis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imej tak berapa sesuai kan..Kena tengok nanti ceritanya macamana

      Delete
  5. ada tertengok😁 sekejap tapi tak habis he hee

    ReplyDelete
  6. Akak dah tengok citer ni..best..akhirnya macam x percaya kawan baik mereka yang hantar sihir kat mereka..

    ReplyDelete
  7. Lama tak dengar perkataan 'santet'. Biasanya orang Sabah sebut perkataan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. santet, bahasa lembut sikit. tapi maknanya tetap menakutkan

      Delete
  8. ergh!! Drama seram ka.. baru cadang nak tengok.. cam kena kansel je.. hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.