Pembedahan Bariatrik Potong Usus/Perut Cara Cepat Kurus

Baru-baru ni topik YB Rina Harun kurus menjadi topik yang hangat diperkatakan sejak seminggu ni. Terjawab sudah apakah rahsia Datuk Seri Rina Harun kurus. Katanya, dia mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan aktiviti berbasikal.

Teruja tengok perubahan penampilan YB Rina Harun, ramai yang terinspirasi dengan penampilan baru beliau. Pembedahan bariatrik Malaysia juga dah jadi satu trend di kalangan selebriti tempatan. 

Artis buat bariatric surgery

Rahim Sepahtu, Chef Zam, Aisyah, Abby Abadi dan Michael Ang antara mereka yang pernah menjalani pembedahan potong perut. Ini antara artis dan selebriti yang mengakuinya sendiri. 

Pernah dengar pembedahan bariatrik? Apa itu pembedahan bariatrik?

Pembedahan bariatrik atau pembedahan potong usus/perut bukan lagi benda baru untuk cepat kurus dan cantik. Pembedahan bariatrik adalah cara cepat kurus bagi mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan. 

Bukan hanya semata-semata untuk kelihatan lebih kurus dan cantik, tapi untuk golongan ini lebih kepada menjaga kesihatan dan untuk memudahkan mereka bergerak melakukan aktiviti harian. 

Apakah Pembedahan Bariatrik

Pembedahan bariatrik adalah pembedahan yang dilakukan untuk membantu mengawal masalah berat badan berlebihan (obesiti). 

Pembedahan bariatrik/potong usus/potong perut/kecilkan perut/Pemintasan perut sesuai dilakukan kepada mereka yang mempunyai BMI (indeks jisim badan) melebihi 35. Setelah mereka gagal menurunkan berat badan dengan cara lain, makanya terpaksa memilih untuk melakukan pembedahan bariatrik.

Pembedahan Bariatrik Potong Usus/Perut Cara Cepat Kurus
sumber : Public Health Malaysia




Pembedahan bariatrik juga boleh dilakukakan kepada pesakit yang mempunyai berat badan yang sangat tinggi, dikenali dengan morbid obesity atau super obese. 

Mengikut kajian klinikal, pesakit morbid obesity atau super obese berkemungkinan besar tidak akan dapat menurunkan berat badan dan mengekalkannya melalui diet dan senaman semata-mata.

Mungkin pembedahan bariatrik adalah satu-satunya jalan keluar penyelesaian masalah obesiti yang boleh dipertimbangkan untuk mereka yang nekad melakukan perubahan. Bukan hanya untuk kurus dan cantik semata-mata tapi untuk menjaga kesihatan.

Jenis-jenis pembedahan bariatrik 

Jenis pembedahan bariatrik yang biasa dilakukan
  • Sleeve Gastrectomy (gastric sleeve)
  • Gastric Bypass (pintasan gastrik)
  • Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras

Pembedahan Bariatrik bukan pembedahan kosmetik

Perkongsian daripada  Public Health Malaysia, mengatakan bahawa pembedahan bariatrik  bukanlah pembedahan kosmetik seperti yang orang ramai fikirkan. 

Fungsi utamanya adalah kepada untuk memulihkan kesihatan mereka yang mengalami masalah obesiti yang berpunca dari pelbagai penyakit kronik. Bukan hanya sekadar untuk nampak kurus.

Kesan selepas pembedahan bariatrik

Selepas pembedahan, pesakit akan kurang selera makan dan cepat kenyang. Sistem tubuh badan mengambil tenaga daripada lemak dalam badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.
  • Berat badan akan berkurangan dengan ketara
  • Tekanan darah menurun
  • Tahap kolestrol pesakit diabetes semakin rendah
  • Dari segi psikologi, meningkatkan keyakinan dan mengawal emosi dengan lebih baik.
  • Memulihkan masalah penafasan ketika tidur
  • Memulihkan masalah pedih ulu hati
  • Mengurangkan sakit sendi tulang dan memperbaiki pergerakan anggota badan
  • Memperbaiki masalah kitaran haid wanita yang obes dan tidak teratur yang boleh mengganggu kesuburan

Bagaimana pembedahan boleh menurunkan berat badan

Secara umumnya, pembedahan bariatrik akan mengecilkan saiz organ dalaman perut. Apabila saiz perut akan lebih kecil, pesakit akan berasa cepat kenyang walaupun hanya memakan jumlah makanan yang kecil.

Saiz perut yang lebih kecil juga akan memberi tindakbalas hormon pada badan untuk mengurangkan rasa lapar.

Pengurangan kuantiti pemakanan dan pengurangan rasa lapar sekaligus akan membuatkan pesakit bariatrik berada dalam "defisit kalori".

Terdapat juga jenis pembedahan seperti pintasan gastrik yang akan turut mengurangkan kadar resapan makanan yang dimakan. Proses ini akan turut membantu pengurangan berat badan.

Syarat untuk buat pembedahan bariatrik

  • BMI lebih 40.
  • BMI lebih 35 dengan masalah kesihatan disebabkan obesiti seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
  • BMI lebih 30 dengan masalah kesihatan tertentu.
Jenis pembedahan yang sesuai pula akan ditentukan oleh doktor bedah selepas perbincangan dengan pesakit. Doktor akan menilai tahap kesihatan pesakit dan berapa banyak target pengurangan berat badan yang diperlukan.

Cara Pembedahan Bariatrik

Kebiasaanya, pembedahan bariatik akan dilakukan secara laparoskopik atau dengan kaedah tebukan. 3-5 lubang kecil bersaiz 1-2cm akan dibuat di bahagian abdomen. Proses pembedahan tersebut akan dilakukan melalui lubang-lubang kecil tersebut.

Pembedahan pintasan perut ternyata memberikan perubahan positif dan telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh masa 2 tahun. Secara tidak lansung, penampilan fizikal nampak lebih menarik dan kesihatan terkawal.

Risiko pembedahan bariatrik

Setiap pembedahan pastinya ada risiko yang tertentu. Dan ianya juga bergantung pada keadaan seseorang. Pembedahan bariatrik mengubah struktut asal perut dan usus, antra komplikasi yang berkemungkinan berlaku seperti :
  • Usus tersumbat
  • Cirit-birit, mual dan muntah (sindrom dumping)
  • Batu karang hempedu
  • Angin pasang
  • Hipoglisemia
  • Malnutrisi
  • Ulser
  • Perut bocor
Walaupun selepas menjalani pembedahan bariatrik boleh turunkan berat badan dan kekal kurus. Tetap juga perlu diet selepas pembedahan bariatrik. Terus disiplin mengamalkan gaya hidup sihat.

Harga kos pembedahan bariatrik

Kos pembedahan bariatrik di hospital swasta beberapa tahun lepas lebih kurang RM8 ribu. Adik ipar nak buat tapi tak kesampaian sebab asyik postpone je, sudahnya tak buat. Dia pun untuk jaga kesihatan. Bukan sekadar suka suka nak kurus.

Itu dulu lah, 7-8 tahun lepas. Sekarang tak dapat lah harga tu. Mungkin belasan atau puluhan ribu. Nak tahu harga kenalah tanya pihak hospital. Jangan tanya saya pulak. Saya bukan tahu apa tentang harga ni.


Sumber :
https://www.facebook.com/andreabariatricsurgery/posts/bariatrik-apa-tu-1-pembedahan-bariatrik-apa-tupembedahan-bariatrik-ialah-sejenis/2070072589758617/
https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/01/30/pembedahan-bariatrik
https://siraplimau.com/kos-pembedahan-bariatric-di-malaysia/

9 comments:

  1. setiap pe,bedahan mesti ada side effect. tapi utk yg betul2 obes hingga membahayakan nyawa sesuai la ni..

    ReplyDelete
  2. Dunia moden hari ini, banyak rawatan alternatif untuk selesaikan masalah obesiti. Memang berkesan sungguh pembedahan bariatrik potong usus perut. Moga rakyat Malaysia terus amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
  3. Pembedahan ni beri kesan yang sangat cepat.

    ReplyDelete
  4. Yaaa.. untuk kesihatan, kalau ini yg terbaik, seharusnya dilakukan... Tapi err... seramlah kalau sampai tahap nak kena bedah.... Moga sihat selalu ye.. Amin

    ReplyDelete
  5. cara senang nak kurus, tapi effect dia nanti, seksa klu tak lucky kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Ini untuk mereka yang sudah berusaha untuk kurangkan berat badan tapi tidak berjaya boleh buat ini. Bagus juga demi kesihatan.
    Tq untuk info terperinci.

    ReplyDelete
  7. Maksudnya disini..ada baik dan buruk juga la kan..

    ReplyDelete
  8. Kalau bersenam dan jaga makan, memang ambil masa bertahun-tahun nak kecik. Pada yang mampu, dan ada sakit lain, apa salahnya, untuk sihat.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.