Dah membeli makanan di Kedai Kopi Cengkih, terasa macam nak minum kopi pula. Mungkin sebab beberapa hari dah puasa kopi kot. Ikutkan tekak nak minum kopi Kenangan. Tapi jauh lah pula. Ada Zus Coffee dalam KPJ tu, kita beli Zus Coffee je lah. Buat rasa-rasa.
Dalam KPJ ni ada banyak pilihan kedai kopi. Yang saya pernah cuba Gloria Jean's dan Zus Coffe je lah. Alang-alang tak ada orang, terus buat pesanan di kaunter. Kalau tidak, buat pesanan guna apps Zus je.

Nampak tumbler di kaunter, macam comel je. Tapi simpan hasrat untuk mengumpul tumbler sebab tumbler S tu dah banyak beli masa belum di boikot lagi. Cukuplah tu. Macam biasa pilihan kopi lydia je. Pernah cuba boss untuk CEO latte. Okay je, taklah strong sangat. Mungkin dah imune dengan kopi.

2 cawan lagi tak ingat dah beli air apa. Lupa sudah. Mungkin latte dan air buah.


Dapat juga pop up phone holder capybara ni. Masa tu tengah musim capybara. Sana sini kedai kopi buat merchandise capybara. Simpan je sampai sekarang. Tak guna pun sebab macam gedabak je kalau lekat belakang phone tu. Zaman kanak-kanak kita dah berakhir.

Yang penting capybara tu comel. Kan! Kalau ada merchandise comel ni boleh jadi salah satu penyebab orang nak membeli kopi. Betul tak?
12 Comments
Boss dengan lydia, siapa lagi strong kak?? Hahaha.. kita main bedal je..tak tau beza.. cuma nya, nanti nak repeat, jadi blur semula .tak ingat apa yang diorder sebelum nya
ReplyDeleteBoss lagi kuat katanya. Nama pun boss, lydia tu level secretary agaknya kan. hihi...Boleh check dalam apps. Ni guna apps husband dan dah lama, jadi malas nak check dah.
DeleteBetuuuul. Kadang2 orang beli Krn tertarik dengan merchandise nya 😄. Dulu saya begitu. Skr tak lah. Kalau memang nak mengopi, lebih Krn suka kopi. Merchandise nya justru tak sering beli
ReplyDeleteSamalah kita. Sekarang tak lagi macam tu. Haritu kebetulan je dapat rasanya. Bukan beli kopi untuk dapat merchandise tu melainkan kalau merchandise dia yang kita minat.
DeleteComey jer capybara tu hihii.. sesekali perkena coffee mmg best.. lagi2 kalau beli time takde org cepat jer dpt huhuu...
ReplyDeleteYa, biasanya guna apps je. Tahu-tahu siap dah pickup je. hihi...
DeleteComel
ReplyDeleteYa.
DeleteHaha betul tu Fiza, kalau dah nama pun 'Boss' memang patut lagi strong berbanding 'Lydia'! Tapi pilihan bijak ambil Lydia, rasa dia lebih friendly untuk tekak kalau sesekali nak mengopi santai kat hospital. Janji lepas dapat kafein terus rasa segar mata
ReplyDeleteYa, itulah tujuannya. Janji ada buat lepas rasa nak minum kopi. hihi...
Deletebaru ni ada zus hippers buddy, stress menonggeng saya baru ada seketul je, tapi last week dah sold out kat seluruh tempat..
ReplyDeleteAda nampak juga. Peminat Zus haruslah kena cepat-cepat beli. Kalau tak jadi macam awak frust menonggeng. huhu...Uishh cepat betul habis ek. Sedihlah mana yang tak dapat tu.
Delete