Face Mask Songket Dan sampul Duit Raya

Semalam encik suami balik rumah, masuk-masuk dia hulurkan sebungkus plastik. Eh, parcel apa pulak. Ni mesti kes courier hantar barang main letak. 

Jenis malas nak hon ke atau asalkan hantar je sudah. Pernah jadi courier main letak je rupanya salah alamat. Tak pasal kita pulak kena contact tuan punya parcel.

Belek belek parcel, pengirimnya dari Syuhada. Ohhh Syu hantar hadiah lah ni. Katanya hadiah dah on the way dalam entry terbaru dia. Tahu-tahu sampai dah.

Hadiah ni sempena jadi top komentator blog Syu. Saya pun hampir lupa sebenarnya. Apa² pun terima kasih banyak-banyak Syu untuk kiriman face mask songket yang cantik dan sampul duit raya yang comel ni. Ada juga button cendawan dan fridge magnet kot rasanya.

Face Mask Songket Dan sampul Duit Raya

Semoga Syu dilimpahi rezeki bertambah tambah berkongsi rezeki. Aamiin...

Boleh gunapakai masa raya nanti walaupun pemakaian face mask bukan lagi diwajibkan diluar. Benda dah biasa pakai. Tak pakai face mask rasa kekok pulak. 

10 comments:

  1. Replies
    1. Corak rare jarang nampak. Memang cantik, Bahagian dalam dia pun kelabu bukan putih macam biasa.

      Delete
  2. cantiknya face mask tu. bolehlah bergaya dgn baju raya nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan corak songket tu. Sesuai sangat pakai raya :)

      Delete
  3. Tak pernah jumpa face mask songket lagi. Menarik colornya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna dan corak dia menarik sangat. Memang tak pernah nampak lagi pattern songket ni. Agak rare jugaklah kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.