Gadgets

Siaran Langsung Live Strim JDT vs Penang Liga Super 2023 (LS26) Dan Sambutan A Decade of Dominance

Pertemuan antara pasukan Kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT melawan Penang FC merupakan perlawanan terakhir dalam saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh enam (LS26). 

Sambutan ‘Decade of Dominance’, an extraordinary night!

Pada hari perlawanan terakhir ini juga, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim menganjurkan sambutan 'A Decade of Dominance' bersempena dengan rekod kejuaraan Liga Super Malaysia 2023 yang kesepuluh berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim.

Sambutan ini akan diraikan bermula sejurus selepas perlawanan liga terakhir JDT menentang Penang FC. 

Dimulakan dengan persembahan dron, pertunjukan bunga api, persembahan lampu-lampu, ‘augmented reality’, persembahan artis-artis antarabangsa dan banyak lagi acara yang menarik untuk meraikan sejarah sedekad pasukan bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT.  

JDT vs PENANG FC

JDT vs PENANG FC

Perlawanan pembukaan tirai LS26 yang melibatkan pasukan JDT vs Penang akan berlangsung pada 16 Disember, hari Sabtu jam 5:30 petang bertempat bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Johor.

JDT telah pun mengesahkan kejuaraan pada minggu kedua puluh dua Liga Super 2023 (LS22) sewaktu menentang PDRM. Manakala pasukan Penang FC kini berada di kedudukan kesepuluh dalam carta Liga Super 2023 selepas minggu ke-25 dengan 24 mata, beza 3 mata di belakang pasukan Negeri Sembilan. 

Mungkinkah pasukan Penang akan menambah mata untuk menamatkan kempen Liga Super 2023 atau pasukan JDT terus menambah mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium keramat, Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Bermain di halaman sendiri adalah kelebihan buat pasukan JDT. Walaupun perlawanan ini untuk melengkapkan saingan Liga Super musim ini, harapan penyokong sudah tentu mengharapkan kemenangan dicipta oleh pasukan JDT.

Tugas berat buat pasukan Penang FC melawan kelab bolasepak gergasi Liga Super Malaysia dan sudah pasti pasukan Penang akan memberikan saingan yang sengit.

Perlawanan antara JDT vs Penang merupakan pertemuan kali ketiga. Kali pertama dalam saingan Piala FA dan kedua dalam saingan Liga Super 2023 minggu ketiga belas.

baca juga
Kedua-dua perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan JDT dengan 5 dan 2 gol tanpa balasan oleh pasukan Penang FC.

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Penang FC LS26

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 antara JDT vs Penang dari Stadium Sultan Ibrahim menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM dan live streaming online di internet menerusi RTMKlik dan Sooka secara percuma.

Waktu siaran :Sabtu, 16 Disember 2023, jam 5:30 petang
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Gelang Patah, Johor
Siaran TV : TV Okey, Sukan RTM

Tonton secara online menerusi platform RTMKlik & Sooka seawal jam 5:00 petang bermula dengan siaran pra rancangan.

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT) dan Penang FC pada dan sambutan DECADE OF DOMINANCE yang akan menyusul selepas perlawanan pada 16 Disember 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim telah habis dijual.

Bagi yang tidak berjaya mendapatkan tiket perlawanan untuk sambutan Decade of Dominance, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT akan menganjurkan Fan Fest 2023 yang berlangsung di tempat letak kereta terbuka Stadium Sultan Ibrahim.

Pelbagai aktiviti, persembahan-persembahan artis tempatan dan tontonan secara langsung perlawanan JDT vs Pulau Pinang antara acara yang disajikan menjelang sambutan ‘Decade of Domination’.

Perkhidmatan Bas Shuttle percuma untuk penyokong ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI)

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma di dari Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan JDT vs Penang pada 16 Disember 2023.

Kenderaan boleh diletakkan di kawasan tersebut bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan juga memastikan aliran masuk dan keluar penyokong yang lebih teratur.
sumber : Johor Southern Tigers

Keputusan masa penuh/ live score JDT vs Penang

Keputusan perlawanan antara JDT vs Penang FC dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-26 (LS26) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (8) - (0) PENANG FC/ PEN
  • Arif Aiman 5', 47', 52', 90'+5 (P)
  • Bergson da Silva 17', 33' (P)
  • Akhyar Rashid 41'
  • Heberty Fernandes 42'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.