Gadgets

Senarai Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23)

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23)

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) dijangkakan akan berlangsung pada hujng bulan Disember nanti seperti yang telah diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL). Tarikh acara tahunan itu akan diberitahu kelak.

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23)

Acara Anugerah Bolasepak Kebangsaan merupakan acara berprestij bagi sukan bola sepak tempatan yang diadakan pada setiap tahun.

Anugerah ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia musim ini, tahun 2023.

ABK22 pada musim lalu telah diadakan secara virtual yang melibatkan 16 kategori anugerah yang dipertandingkan. Ini membabitkan semua pertandingan iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Piala Malaysia.

baca juga
Senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22)

Pada musim ini, MFL telah memperkenalkan Piala MFL bagi menggantikan Liga Premier serta mengadakan semula pertandingan MFL Challenge Cup yang kali terakhir dianjurkan pada edisi kedua 2019.

Tahun ini, MFL pada kali ini kembali diadakan secara fizikal yang bakal menyaksikan persaingan lebih menarik dengan kategori baharu menjadikan keseluruhan 16 kategori dipertandingkan.

Tumpuan peminat bola sepak tempatan sudah pastilah untuk mengetahui Pemain Paling Bernilai (MVP) sepanjang saingan Liga Malaysia 2023 berlangsung yang diraih oleh Arif Aiman 2 tahun berturut-turut.

Sistem pemilihan calon ABK23

Seramai 398 daripada 782 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK23 bagi menyenaraipendekkan 10 pemain terbaik dalam setiap kategori. 

Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing. Berikut dibawah adalah senarai 10 pemain terbaik bagi lapan kategori dengan keputusan undian akan dibuat oleh 14 ketua jurulatih dan 14 ketua pasukan Liga Super, 15 ketua jurulatih dan 15 ketua pasukan Piala MFL serta 29 wakil media.

Bagi kategori Anugerah Pasukan Terbaik akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL, Anugerah Fair Play akan ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), manakala Fan XI dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 pula menerusi undian penyokong melalui platform SurveyMonkey bermula minggu depan.

Bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pula akan dipilih daripada kalangan pemenang empat kategori, iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik, oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Encik Kim Pan-gon.

SENARAI 16 KATEGORI ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN

  1. Anugerah Fair Play
  2. Kasut Emas - Penjaring Terbanyak Piala MFL
  3. Kasut Emas - Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super
  4. Kasut Emas - Penjaring Terbanyak Liga Super
  5. FAN XI
  6. Penjaga Gol Terbaik
  7. Pertahanan Terbaik
  8. Pemain Tengah Terbaik
  9. Penyerang Terbaik
  10. Pemain Import Terbaik
  11. Pemain Muda Terbaik
  12. Pemain Terbaik Piala MFL
  13. Jurulatih Terbaik
  14. Pasukan Terbaik
  15. Gol Terbaik Liga Malaysia 2023
  16. Most Valuable Player (MVP)

Ada penambahan dua kategori iaitu Pemain Terbaik MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL pada tahun 2023 ini. Pertandingan Piala MFL ini julung kalinya diadakan pada tahun ini yang membabitkan pasukan-pasukan bawah 23 tahun.

SENARAI CALON ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2023 (ABK23)

CALON PENJAGA GOL TERBAIK

  1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Johor Darul Ta'zim)
  2. Izham Tarmizi Roslan (Sri Pahang FC)
  3. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC)
  4. Nazul Izamil Zulkifli (Terengganu FC II)
  5. Ramdhan Ab Hamid (PDRM FC)
  6. Samuel Somerville (Selangor FC)
  7. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC)
  8. Suhaimi Husin (Terengganu FC)
  9. Syakir Danial Ma'amal Hajri (Kedah Darul Aman FC B)
  10. Zulhilmi Sharani (Johor Darul Ta'zim II)

CALON PERTAHANAN TERBAIK

  1. Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
  2. Dominic Tan (Sabah FC)
  3. Feroz Baharudin (Johor Darul Ta'zim)
  4. Kamal Azizi Zabri (Kuala Lumpur City FC)
  5. La'Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta'zim)
  6. Matthew Davies (Johor Darul Ta'zim)
  7. Quentin Cheng (Selangor FC)
  8. Rizal Ghazali (Sabah FC)
  9. Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC)
  10. Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC)

CALON PEMAIN TENGAH TERBAIK

  1. Afiq Fazail (Johor Darul Ta'zim)
  2. Brendan Gan (Selangor FC)
  3. Endrick (Johor Darul Ta'zim)
  4. Hong Wan (Johor Darul Ta'zim)
  5. Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)
  6. Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)
  7. Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)
  8. Sergio Aguero (Sri Pahang FC)
  9. Stuart Wilkin (Sabah FC)
  10. Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)

CALON PENYERANG TERBAIK

  1. Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta'zim)
  2. Darren Lok (Sabah FC)
  3. Engku Nur Shakir Engku Yacob (Terengganu FC)
  4. Faisal Abdul Halim (Selangor FC)
  5. Gabriel Nistelrooy Tamin (Johor Darul Ta'zim II)
  6. Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
  7. Nabil Ahmad Latpi (PDRM FC)
  8. Shahrel Fikri Fauzi (Negeri Sembilan FC)
  9. Syahmi zamri (Terengganu FC II)
  10. Wan Zack Haikal Wan Nor (Perak FC)

CALON PEMAIN IMPORT TERBAIK

  1. Abu Kamara (Kuching City FC)
  2. Ayron del Valle (Selangor FC)
  3. Bergson da Silva (Johor Darul Ta'zim)
  4. Fernando Forestieri (Johor Darul Ta'zim)
  5. Ivan Mamut (Terengganu FC)
  6. Jordi Amat (Johor Darul Ta'zim)
  7. Kpah Sherman (Sri Pahang FC)
  8. Luciano Guaycochea (Perak FC)
  9. Manuel Ott (Kedah Darul Aman FC)
  10. Saddil Ramdani (Sabah FC)

CALON PEMAIN MUDA TERBAIK

  1. Alif Ikmalrizal Anuar (Penang FC)
  2. Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta'zim)
  3. Daryl Sham (Johor Darul Ta'zim II)
  4. Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
  5. Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor FC)
  6. Muhaimin Izuddin Asri (Kelantan FC)
  7. Nasyrullah Zaki (Sri Pahang FC)
  8. Safwan Mazlan (Terengganu FC)
  9. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC)
  10. Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC II)

CALON PEMAIN TERBAIK PIALA MFL

  1. Ahmad Aysar Hadi Shapri (Johor Darul Ta'zim II)
  2. Alif Ikmalrizal Anuar (Penang FC)
  3. Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC)
  4. Asyraf Ahmad Kamal Tajul Arifin (PDRM FC)
  5. Daryl Sham (Johor Darul Ta'zim II)
  6. Gabriel Nistelrooy Tamin (Johor Darul Ta'zim II)
  7. Muslihuddin 'Atiq Mat Zaid (Terengganu FC II)
  8. Nasyrullah Zaki (Sri Pahang FC)
  9. Syahmi Zamri (Terengganu FC II)
  10. Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC II)

CALON JURULATIH TERBAIK

  1. Anuar Udin (PDRM FC)
  2. Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)
  3. Esteban Solari (Johor Darul Ta'zim)
  4. Fandi Ahmad (Sri Pahang FC)
  5. Hairuddin Omar (Terengganu FC II)
  6. Mariano Raul (Johor Darul Ta'zim II)
  7. Nafuzi Zain (Kedah Darul Aman FC)
  8. Tan Cheng Hoe (Selangor FC)
  9. Tomislav Steinbruckner (Terengganu FC)
  10. Yusri Che lah (Perak FC)
sumber : malaysianfootballleague

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.