Gadgets

White Lily/ Lily Putih Flower Bouquet

Bunga kedua yang encik suami dapat, jambangan bunga lily putih (white lily flower bouquet) semasa Majlis Pengiktirafan Penyelia Dan Pemakaian Jubah Graduan Doktor Falsafah 2023 (Robing Ceremony).

White lily flower bouquet ni diberikan selepas sarung jubah dan topi bulat di pentas. Semua graduasi Doktor Falsafah dapat jambangan bunga lily putih yang sama. 

baca juga

White Lily/ Lily Putih Flower Bouquet

Jambangan bunga lily putih yang serba putih dengan bungkusan kertas warna putih garisan gold menambah seri jambangan nampak eksklusif. Warna hijau daun tu lagi menambah seri jambangan bunga lily putih.

Bunga lily melambangkan putih kesucian, kemuliaan, kemurnian, kelahiran kembali dan komitmen. Juga sebagai simbol kebahagiaan. Sesuailah tu diberikan kepada graduan.

Selain itu, bunga lily juga dianggap sebagai simbolik kesetiaan. Bunga lily juga sering dijadikan sebagai bunga tangan semasa hari pernikahan atau majlis resepsi.

Simple je jambangan bunga lily ni. Walaupun semata-mata bunga lily dan daunnya, itupun dah cukup menarik dan cantik. Tak perlu dah hiasan tambahan bunga filler. 

Sekuntum bunga lily pun bukan murah, inikan pula berkuntum-kuntum. Apatah lagi dah jadi jambangan yang cantik. Kannn...

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.