Gadgets

China vs Malaysia B-23 (U23) Perlawanan Antarabangsa Tier 2

Skuad Malaysia Bawah 23 (B23/U23) akan melawan pasukan China dalam dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 pada 23 Disember 2023, Sabtu dan 26 Disember 2023, hari Selasa di Stadium Jinshan, Shanghai.

China vs Malaysia B-23 (U23)
sumber : aseanfootball

Perlawanan ini adalah daripada sebahagian skuad Harimau Muda Malaya untuk persiapan menjelang kempen Piala Asia B23 2024 yang dijadualkan berlangsung pada bulan April 2024 di Qatar.

Juan Torres Garrido, ketua jurulatih skuad Harimau Muda Malaya (B-23) telah memanggil seramai 24 orang pemain menyertai kem latihan pusat bermula 19 hingga 27 Disember 2023. Ini merupakan penampilan ketiga skuad muda negara di peringkat Piala Asia B-23 selepas tahun 2018 dan 2022.

Pada peringkat Piala Asia B-23 di Qatar pada 2024 nanti, Malaysia yang telah diundi dalam Kumpulan D akan menentang Uzbekistan pada 17 April untuk aksi pembukaan tirai Piala. 

Kemudian bertemu dengan pasukan Vietnam pada 20 April 2023 dan seterusnya pada 23 April 2024 melawan pasukan Kuwait.

Jika dilihat pasukan-pasukan yang berada di dalam kumpulan D ini, ia merupakan kumpulan yang sukar dan memberikan cabaran yang besar buat skuad Harimau Muda Malaya untuk meraih tempat ke pusingan kalah mati nanti.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido perlu mencipta kemenangan dan seterusnya mara sehingga ke peringkat separuh akhir kerana hanya 3 pasukan teratas dalam kumpulan akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pasukan yang berada di tempat keempat akan ke pusingan playoff menentang wakil pasukan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF). Besar harapan penyokong untuk melihat skuad negara bawah 23 berjaya ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Siaran lansung/ live perlawanan antara pasukan China vs Malaysia B-23(U23)

FAM (Football Association of Malaysia) telah mengumumkan bahawa aksi dua perlawanan persahabatan antara pasukan China B-23 vs Malaysia B-23 di Stadium Jinshan, Shanghai tidak disiarkan secara lansung kerana ianya merupakan perlawanan tertutup tanpa kehadiran penonton di Stadium.
Sesi latihan skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido, petang tadi sebagai persiapan menjelang Perlawanan Antarabangsa Tier 2 pertama mereka bertemu China B-23 di Stadium Jinshan, Shanghai, 2.00 petang esok (perlawanan tertutup tanpa penonton).—FAM

Jadual perlawanan Perlawanan Antarabangsa Tier 2 China vs Malaysia B-23 (U23)

Malaysia B-23 vs China B-23

Tarikh : Sabtu, 23 Disember 2023
Waktu : 2:00 Petang
Tempat : Stadium Jinshan, Shanghai
Siaran TV : -

China B-23 vs Malaysia B-23

Tarikh : Selasa, 26 Disember 2023
Waktu perlawanan : 2:00 petang
Tempat : Stadium Jinshan, Shanghai
Siaran TV : -

Keputusan perlawanan

  • Sabtu, 23 Disember 2023
FT: Malaysia B-23 (1) - (0) China B-23
  • Harith Haiqal Adam Afkar 90'+5

  • Selasa, 26 Disember 2023
FT : China B-23 (2) - (1) Malaysia B-23
  • Du Yuesheng 5' 
  • Tao Qianlong 45'+4
  • Aliff Izwan Yuslan 34'

Senarai pemain Skuad B-23 Kebangsaan

Senarai pemain skuad Harimau Muda Malaya B-23

sumber info : Malaysia Gazette

2 comments:

  1. Replies
    1. Kita mendapat kemenangan pertama. Harap dapat kemenangan juga untuk perlawanan kedua nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.