Gadgets

Kuching City vs KL City Live Liga Super 2023 (LS25)

Kuching City vs KL City
pembetulan : jam 8:15 malam

Perlawanan bola sepak live malam ini dalam saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh lima menyaksikan pertemuan antara pasukan Kuching City menentang Kuala Lumpur, KL City.

Ada 2 baki perlawanan Liga Super 2023 minggu kedua puluh lima (LS25) yang masih belum berlangsung iaitu Kuching City vs KL City dan satu lagi perlawanan antara PDRM vs Kelantan.

KUCHING CITY vs KUALA LUMPUR CITY

Aksi perlawanan antara Kuching City vs Kuala Lumpur, KL City dijadualkan akan berlangsung pada 10 Disember 2023, hari Ahad jam 8:15 malam bertempat di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.

Kedudukan pasukan Kuching City FC kini berada di tempat kedua tercorot Liga dengan 9 mata. Hanya beza 1 mata dengan pasukan Kelantan yang berada di tercorot. Dalam 5 perlawanan terakhir, Kuching City hanya berjaya seri 2 perlawanan dan tewas 3 perlawanan.

Masih ada baki 1 perlawanan sebelum kempen Liga Super 2023 tamat. Adakah Kuching City akan kekal berada di tangga kedua terbawah atau berjaya mengatasi kedudukan Kelantan United di tempat ketiga terbawah.

Kuala Lumpur City berada di tempat ketujuh dengan 34 mata sama dengan pasukan PDRM FC. Dalam 5 perlawanan terakhir, KL City kalah 3 kalah dan menang 2 kali. Hanya beza 3 mata di belakang pasukan Terengganu FC. Adakah Kuala Lumpur City menamatkan Liga Super di tempat ketujuh atau sebaliknya.

Perlawanan ini merupakan perlawanan pusingan kedua Liga Super 2023 dimana pada pusingan pertama minggu kedua belas pada bulan Mei yang lalu, keputusan berakhir dengan seri 1-1.

baca juga
KL City vs Kuching City LS12

Pada malam ini pasukan manakah yang akan meraih 3 mata penting. Kuching City atau KL City? Bermain di tempat sendiri kelebihan buat pasukan Kuching City FC.

Siaran Langsung Kuching City vs KL City Live Streaming Liga Super 2023 LS25 10 Disember

Penonton dan penyokong di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 perlawanan Kuching City vs KL City menerusi saluran 804, Astro Arena Bola 2 dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Waktu : Ahad, 10 Disember 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Negeri, Kuching, Sarawak
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH804)
Live streaming : Astro Go & Sooka

Info tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan antara Kuching City vs KL City pada 10 Disember 2023 yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline

Keputusan masa penuh perlawanan/ live score results

Keputusan perlawanan Kuching City vs KL City dalam saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh lima (LS25) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KUCHING CITY FC/ KUC (2) - (3) KUALA LUMPUR CITY FC/ KLC
  • Paulo Josué 19' 41'
  • Abu Kamara 45'+2 (P)
  • Yuki Tanigawa 72'
  • Arif Shaqirin 81

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.