Gadgets

Telefilem Kesempatan Kedua

Tonton Telefilem Kesempatan Kedua di slot skrin di TV9 dan secara online di platform Tonton bersiaran pada 25 Disember 2023, jam 8:30 malam dibintangi oleh Kaka Azraff, Izzue Islam dan Hafeez Mikail.

Kesempatan Kedua

Telefilem ini merupakan karya sutradara Raja Ahmad Alauddin, nukilan skrip oleh Azlina Pawan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd.

Kesempatan Kedua ini adalah ulang siaran yang pernah ditayangkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2017.

TELEFILEM KESEMPATAN KEDUA

Waktu siaran : Isnin, 25 Disember 2023, jam 8:30 malam
Siaran TV : Slot Skrin di 9 TV9
Strim online : Tonton
Penulis skrip : Azlina Pawan
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon iaitu Kaka Azraff, Izzue Islam, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Esma Dainal, Idris Md Diah dan ramai lagi.
  • Kaka Azraff sebagai Myra
  • Izzue Islam sebagai Sani
  • Hafeez Mikail sebagai Taufik

SINOPSIS KESEMPATAN KEDUA

Pak Amin dan Mak Som terkejut apabila melihat penampilan baharu anak mereka iaitu Myra yang sudah berhijab dan berjubah. Namun mereka tidak sangka bahawa Myra sebenarnya sedang menyembunyikan perutnya yang semakin membesar. 

Rupa-rupanya, Myra mengandung. Dia merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Sani kerana takut teman lelakinya itu akan meninggalkannya. Dia hanya menceritakan kisah ini kepada rakan baiknya Taufik, yang sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Myra. 

Demi menyelamatkan Myra, Taufik mengaku kepada keluarga Myra bahawa itu adalah anak mereka dan ingin bertanggungjawab atas perbuatannya. Sedangkan, itu adalah angkara Myra dan teman lelakinya, Sani.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.