Gadgets

Sri Pahang vs JDT Live Streaming Liga Super 2023

Sri Pahang vs JDT

Siaran Langsung live stream bola sepak malam ini menyaksikan perlawananan antara pasukan Sri Pahang menentang pasukan kelab bolasepak Johor Darul ta'zim, JDT yang menjadi tumpuan peminat bola sepak.

Harimau Selatan akan berkunjung ke Pahang bagi meneruskan aksi dalam saingan Liga Super 2023 minggu kedua puluh lima pada pusingan kedua yang hanya berbaki satu sahaja lagi perlawanan.

SRI PAHANG vs JOHOR DARUL TA'ZIM, JDT

Perlawanan antara pasukan Sri Pahang vs Johor Darul Ta'zim dijadualkan berlangsung pada 3 Disember 2023, hari Ahad jam 8:15 malam bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Skuad Tok Gajah, Sri Pahang FC kini berada di tempat kelima dengan 44 mata di belakang pasukan Sabah FC dengan beza 4 mata. Prestasi pasukan Sri Pahang kembali cemerlang dalam 2 perlawanan terakhir selepas seri dan kalah 2 kali sebelum itu.

Skuad Harimau Selatan pula terus mengekalkan momentum cemerlang menang dalam setiap perlawanan. 

Sungguhpun JDT telah pun mengesahkan gelaran Juara Liga Super buat kali kesepuluh berturut-turut selepas kemenangan menentang pasukan PDRM pada minggu kedua puluh dua (LS22), masih ada satu lagi perlawanan selepas malam ni bagi menamatkan kempen Liga Super 2023.

baca juga
Dalam saingan Liga Super 2023, ini merupakan pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan pada pusingan kedua minggu kedua puluh lima. Pada perlawanan yang lalu (LS12), JDT berjaya menumpaskan Sri Pahang dengan 2 gol tanpa balasan.

Siaran Langsung Sri Pahang vs JDT Live Streaming Liga Super 2023 LS24, 3 Disember

Penonton dan penyokong di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Sri Pahang vs JDT dari Stadium Darul Makmur menerusi saluran 803, Astro Arena Bola dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Waktu siaran : Ahad, 3 Disember 2023, jam 8:15 malam
Tempat : Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang
Siaran TV : Astro Arena Bola (CH803)
Platform penstriman : Astro GO, Sooka

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM12.90.

Info tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super 2023 antara pasukan Sri Pahang vs JDT yang berlansung pada hari Ahad, 3 Disember 2023, jam 8:15 malam di Stadium Darul Makmur boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh perlawanan

Keputusan perlawanan antara Sri Pahang FC vs JDT dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-25 (LS25) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : SRI PAHANG FC/ SRP (0) - (2) JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT
  • Heberty 6'
  • Bergson 42'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.