Gadgets

Tonton Filem The Lord Musang King, Kolaborasi Malaysia Dan Korea Selatan

Tonton Filem The Lord Musang King di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Disember 2023. Filem ini merupakan filem genre aksi/ jenayah kolaborasi antara negara Malaysia dan Korea Selatan yang pertama.

Filem The Lord Musang King

The Lord Musang King terbitan Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea. Dibintangi oleh barisan pelakon Malaysia iaitu Yusuf Bahrin, Harissa Adlynn Halim, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil dan Jay Iswazir.

Pelakon dari Korea Selatan pula menampilkan barisan pelakon seperti Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk. Filem ini diarahkan oleh Lee Moon-Ho dan skrip ditulis oleh Shi Zhong Yuan

PELAKON DAN WATAK

Yusuf Bahrin sebagai Haikal
Eddie Chow sebagai Cheon Jin
Fimie Don sebagai Fiezol
Harissa Adlynn Halim sebagai Natasha
Hafidzuddin Fazil sebagai Samad
Azri Sabri sebagai Faruk
Kim Bo-Yeon sebagai Jianna
Kwak Dong-Hyuk
Jay Iswazir sebagai Inspektor Shahar
Shyrim sebagai Dwan

SINOPSIS THE LORD MUSANG KING

Filem The Lord Musang King mengisahkan tentang Haikal, seorang anak pekebun durian yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan ahli perniagaan Korea Selatan, Jin untuk membebaskan anaknya.

Namun, Samad dibunuh 'taikun' Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya.

Berjayakah Haikal? Saksikan Filem The Lord Musang King di pawagam mulai 21 Disember 2023.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.