Gadgets

Drama Hati Tercarik Luka (TV3)

Tonton Drama Hati Tercarik Luka, drama terbaharu Slot Samarinda di TV3 dan strim online di portal Tonton mulai 20 Disember 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam.

Drama Hati Tercarik Luka
Drama Hati Tercarik Luka lakonan Zara Zya, Syarul Ezani dan Ryun
Drama ini merupakan drama adaptasi novel yang bertajuk 'Hati Tercarik Luka' karya nukilan  penulis Aida Asmida. Hati Tercarik Luka hasil karya sutradara Emi Suffian terbitan Creative Skill Solution Sdn. Bhd.. Skrip pula ditulis oleh Nieza Nahar yang menampilkan pelakon utamanya Zara Zya, Syarul Ezani dan Ryun.

DRAMA HATI TERCARIK LUKA

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 20 Disember 2023
Waktu Siaran : Isnin - Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Strim online : Tonton/ Xtra
Penulis skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Drama ini dibintangi oleh Zara Zya, Syarul Ezani, Ryun, Fizo Omar, Mia Nasir, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan, Halim Radzi dan ramai lagi.
  • Zara Zya sebagai Eyda Amanda
  • Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
  • Ryun sebagai Maya Maria
  • Fizo Omar sebagai Rykal
  • Mia Nasir sebagai Anies
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Safina
  • Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi

SINOPSIS HATI TERCARIK LUKA

Mengisahkan tentang Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Lantaran amalan ilmu hitam orang ketiga, pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia.

Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Saksikan kisahnya dalam Drama Hati Tercarik Luka di slot Samarinda di TV3, jam 10:00 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.