Gadgets

Siaran Langsung Live Streaming Pentas Akhir Famili Duo 2023 Dan Senarai Pemenang

Akhir Famili Duo 2023
sumber : TV3

Program realiti Famili Duo 2023 (FD3) dengan tagline Berduo lebih baik sudah sampai ke pentas akhir/final yang bermula pada 15 Oktober 2023 yang lalu. Pentas akhir (Final) Famili Duo 2023 musim ketiga ini akan berlangsung pada Disember 2023, hari Ahad jam 9:00 malam di TV3. Tonton online Famili Duo 2023 live streaming HD di platform Tonton atau aplikasi Tonton.

3 pasangan yang layak ke pentas akhir berdasarkan markah yang terkumpul sepanjang Famili Duo 2023 berlangsung selama 7 minggu. Selain markah terkumpul, pasangan yang pernah menjadi juara mingguan saja juga dipilih untuk ke pentas Akhir Famili Duo 2023 (FD3).

3 pasangan Duo layak ke Final/ Akhir Famili Duo 2023

  1. Sharif & Syaiful Zero - 399.4%
  2. Haqiem Rusli & Ariff Bahran - 368.6%
  3. Adira Suhaimi & Emma Suhaimi - 365.2%
Sharif dan Syaiful Zero pasangan adik beradik ini mengungguli tempat pertama dengan markah terkumpul sebanyak 399.4%. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran yang mempunyai pertalian sepupu di tempat kedua dengan 368.6%. Adira dan Emma Suhaimi, pasangan adik beradik ini juga berjaya ke pentas akhir dengan 365.2%.

Di pentas akhir, finalis Famili Duo bakal bersaing merebut hadiah utama wang tunai RM100,000 dalam dua pusingan iaitu bertemakan bebas dan lagu duet popular

3 pasangan yang tidak layak ke peringkat akhir adalah Fuad Rahman dan Tom, Shila Amzah dan Syahir Amzah, dan Ryan Bakery dan Adam Bakery.

Siaran Langsung Live Streaming Pentas Akhir Famili Duo 2023

Waktu : Ahad, 3 Disember 2023, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV3
Live streaming : Tonton (www.tonton.com.my) atau aplikasi Tonton

Rancangan ini akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick serta juri tetap, Ajai dan Mas Idayu.

Juara Famili Duo 2023

Tahniah Sharif & Syaiful Zero telah dinobatkan sebagai Juara Famili Duo 2023 (FD3).

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.