Gadgets

Makan Ikan Bakar Di Orak, Ampangan Seremban

Hujung minggu biasanya cuti memasak sebab berjalan ke sana sini. Bila dah jalan tu, dapatlah kita Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sekali. Dah alang-alang kan...

Balik dari membeli barang dapur, singgah makan di Orak, Ampangan, Seremban. Tekak teringin makan ikan bakar. Makanya, singgahlah kami di Orak, Ampangan, Seremban. 

Orak ni tempat  makan macam food court, ada banyak kedai makan dan pelbagai jenis makanan. Banyak vendor makananlah cerita dia. Sebelum ni pernah makan ikan bakar di sini. Jadi, ini ulang kali kedua lah.

Tak payah fikir panjang sebab memang nak makan ikan bakar. Kami sampai je terus encik suami buat pesanan di kaunter utama. Nak makan kena buat pesanan dan bayar di kaunter utama. Ada sesetengahnya bayar di kedai masing-masing.

Kami pesan set ikan bakar siakap sambal dengan nasi dan juga percuma air sirap. Kemudian tambah 1 pinggan nasi. Di kedai ikan bakar ni tiada sayur atau ulam-ulaman. Nasi, ikan bakar dan air sirap je set dia. Ada juga set-set lain dan ikan lain. Menu utamanya mungkin shell out sebab itulah nama kedainya, Shellout Mr. Boroi.

Kedai Shellout Mr. Boroi ni kalau dari pintu belakang, masuk je dah jumpa dah. Tapi kalau masuk dapan pintu depan utama tu kena jalan sampai belakang lah.

Orak Ampangan Seremban

Sementara menunggu, ambil gambar dulu. Kebetulan masa ni ramai yang dah balik. Kami pun makan dah lambat jam 9 lebih macam tu. Dapatlah ambil gambar tanpa manusia. 

Orak Ampangan Seremban

Sebelah sini pun dah ramai yang balik. 

Orak Ampangan Seremban

Tak lama menunggu, pesanan kami pun sampai. Tengok nasi tu, rasa menyesal pula pesan nasi tambah. Patutnya boleh kongsi je tu. Banyak juga porsi nasinya.

Orak Ampangan Seremban

Ikan bakar bersambal. Sebelum ni makan dibakar kosong dan disediakan sos pencicah, sos hijau ke sambal kicap entah. Sedap sambal tu. Bila hidangkan bersambal macam ni, saya mintak juga sos pencicah yang pernah saya makan sebelum ni. Barulah rasa pedas sikit sebab sambal atas ikan ni tak pedas sangat.

Orak Ampangan Seremban

Sedap ikan bakar siakap ni. Rasa segar dan tak rasa hanyir. Harga pun berpatutan, set dia bermula dengan harga RM25. Boleh tengok promo price dalam gambar pertama tu. Berbaloi sangat kan.

4 comments:

  1. nampak sedap sambal tu. takde sayur tak syok pulak nak makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap! Tu lah tu, rasa kurang nikmat sikit tak ada sayur mayur atau ulam kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.