Gadgets

Telefilem Geng Basikal (TV1)

Tonton Telefilem Geng Basikal di Slot Panggung RTM TV1 atau strim online di platform RTMKlik pada 9 Disember 2023, hari Sabtu jam 9:00 malam.

Geng Basikal

Geng Basikal diarahkan oleh Pengarah Emdy Idris dan diterbitkan oleh Syarikat produksi Keris Film Sdn. Bhd. Manakala skripnya ditulis oleh Khairul Kiasan. 

PELAKON/CAST DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Nik Adam Mika, Aman Graseka, Olan Lam, Ily Mokhtar, Rosedah Amsar, Muhammad Hadi Putra, Muhammad Iskandar Zulkarnain, Muhammad Redzwan Adha dan ramai lagi.
  • Nik Adam Mika sebagai Razlan
  • Aman Graseka sebagai Atok
  • Muhammad Hadi Putra sebagai Roy

Geng Basikal

SINOPSIS GENG BASIKAL

Telefilem Geng Basikal mengisahkan tentang kisah kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Razlan, Roy, Remy, Kuzie dan Lim semasa zaman persekolahan hingga dewasa.

Razlan dihantar oleh oleh ibu bapanya ke kampung untuk tinggal bersama atuk dan neneknya. Ibu bapanya ke luar negara selama dua bulan atas urusan kerja. Di kampung, Razlan mendapat kawan baru iaitu Roy, Remy, Kuzie dan Lim. Razlan seronok tinggak di kampung atuknya.

Razlan melakukan banyak aktiviti bersama kawan-kawannya seperti bermain basikal, memancing, bermain bola dan sebagainya. Namun, Razlan tidak lama berada di kampung kerana perlu mengikut ibu dan bapanya ke London. Razlan berada dalam dilema.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.