Gadgets

Telefilem Mania (TV2)

Telefilem Mania

Tonton Telefilem Mania di Slot Drama On 2 TV2 dan online di RTMKlik bersiaran pada 5 Disember 2023, hari Selasa jam 9:00 malam. Mania, sebuah telefilem psikothriller tahun 2020 ini diarahkan oleh Along Kamaludin terbitan Multinet Aim Sdn. Bhd. Skrip pula ditulis oleh Irwan Mansor.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon seperti Wanns Ahmad, Ashiqin Kamal, Hairie Othman, Azeela Shadan, Dazrin Kamarudin, Fimie Don dan ramai lagi.
  • Wanns Ahmad sebagai Adib
  • Shiqin Kamal sebagai Erin

SINOPSIS MANIA

Telefilem Mania mengisahkan tentang Adib, seorang pelajar kolej yang jatuh cinta dengan Erin, seorang janda yang dikenalinya di media sosial. Pada awal pertemuan, Erin agak keberatan untuk meneruskan hubungan kerana jarak perbezaan umur dan darjat keluarga yang berbeza. 

Namun, Adib tetap bertegas untuk meneruskan hubungan kerana amat mencintai Erin walau apa pun dugaan yang mendatang. Adib bagaimanapun tidak mengetahui hubungannya dengan erin bakal merubah hidupnya secara total. 

Apakah Mania? Siapakah yang mania? Apakah benar bagai dikata cinta mampu mendorong seseorang menjadi gila.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.