Gadgets

Drama Yang Tahu Je Tahu (Astro Ria)

Tonton Drama Yang Tahu Je Tahu (YTJT) di saluran 104 Astro Ria dan strim online di Astro Go setiap hari Jumaat, jam 8:30 malam mulai 22 Disember 2023.

Drama Yang Tahu Je Tahu (YTJT)

Drama ini merupakan drama arahan Wan Hasliza Zainudin terbitan Kl Motion Picture Sdn. Bhd. yang membariskan ramai pelakon-pelakon hebat.

DRAMA YANG TAHU JE TAHU

Jumlah episod : 8
Mula siaran : 22 Disember 2023
Waktu Siaran : Jumaat, jam 8:30 malam
Siaran TV : Astro Ria
Strim online : Astro Go
Pengarah : Wan Hasliza Zainudin & Rashidi Ishak
Produksi : Kl Motion Picture Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Areef Amran, Arabella, Idan Aedan, Darien Aeldra, Wafiy Aan, Shania Hendriks, Zanith Zalikha, Asyiqeen Rozlan, Farhana Fahizam, Kim Azzim, Zack Aiman, Jenjooz, Elyana, Hawa Rizwana, Amyza Aznan, Rashidi Ishak, Idzham Ismail, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.
  • Areef Amran sebagai Borhan
  • Idan Aedan sebagai Adi
  • Darien Aeldra sebagai Marzuki
  • Shania Hendriks sebagai Elisa
  • Zanith Zalikha sebagai Kartina
  • Asyiqeen Rozlan sebagai Jannah
  • Farhana Fahizam sebagai Murni
  • Kim Azzim sebagai Haikal
  • Zack Aiman sebagai Zamani

SINOPSIS YANG TAHU JE TAHU

Yang Tahu Je Tahu memaparkan kes cubaan bunuh diri oleh Burhan yang berusia 17 tahun, hanyalah satu helah bagi menutupi sebuah jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya. Seorang pelajar bernama Haris dituduh sebagai pelaku utama tetapi, polis merasakan kes ini melibatkan lebih dari seorang pesalah. 

Drama Yang Tahu Je Tahu (YTJT)

Namun, dek kekurangan bukti, pihak polis menghadapi kesukaran bagi mencari siapa lagi yang terlibat dalam jenayah ini. Ditambah pula dengan janji setia penjenayah, biar apa pun yang terjadi, tidak akan menyerahkan nama satu sama lain.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.