Gadgets

Siaran Langsung Live Strim KL City vs Sri Pahang Liga Super 2023 (LS26)

Siaran langsung live perlawanan bola sepak malam ini melibatkan pasukan Kuala Lumpur, KL City bertemu pasukan Sri Pahang pada waktu yang sama berlangsungnya satu lagi perlawanan antara pasukan Kelantan menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

KL City vs Sri Pahang

KL CITY vs SRI PAHANG

Perlawanan antara KL City melawan Sri Pahang menutup tirai liga super musim ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023, jam 9:00 malam.

Kedua-dua pasukan menamatkan saingan liga super di kedudukan yang agak baik. KL City berada di tempat 7 dengan 37 mata. Manakala Sri Pahang di kedudukan ke-5 dengan 44 mata.

Pertemuan kedua-dua pasukan ini merupakan pertemuan kali ketiga. Kali pertama dalam saingan Liga Super LS13 dimana pasukan KL City menang dengan membolos 2 gol ke gawang Sri Pahang dibalas dengan 1 gol.

baca juga
Kemudian pertemuan kedua dalam saingan Piala Malaysia di peringkat suku akhir pertama, juga kemenangan berpihak kepada pasukan Kuala Lumpur City dengan kemenangan tipis jaringan tunggal dari Romel Morales pada minit ke-74 dengan sepakan penalti.

Pada pertemuan aksi timbal balik pula berakhir dengan keputusan seri 1-1 yang telah melayakkan KL City ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 2-1.

Pasukan manakah bakal menambah mata dalam perlawanan penutup tirai liga Super ini? Saksikan perlawanan antara KL City vs Sri Pahang nanti.

Siaran Langsung Live Streaming KL City vs Sri Pahang Liga Super 16 Disember 2023 LS26

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 KL City menentang Sri Pahang dari Stadium Bolasepak Kuala Lumpur secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2, Astro GO dan Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan/rancangan.

Waktu siaran : Sabtu, 16 Disember 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Siaran TV : Astro Arena Bola 2 (CH804)
Live Strim : Astro GO & Sooka

Penonton juga boleh menyaksikan perlawanan lain berbayar antara Kelantan vs Kelantan United pada waktu yang sama di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM12.90.

Info tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan KL City vs Sri Pahang yang berlansung pada hari Sabtu, 16 Disember 2023, jam 9:00 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh perlawanan

Keputusan perlawanan antara KL City vs Sri Pahang dalam saingan Liga Super 2023 Minggu ke-26 (LS26) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT: KUALA LUMPUR CITY FC/ KLC (0) - (0) SRI PAHANG FC/ SRP

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.