Gadgets

Siaran Langsung, Senarai Peserta Dan Keputusan Mingguan The Masked Singer Malaysia Musim 4

The Masked Singer Malaysia Musim 4

The Masked Singer Malaysia dengan tagline "Siapa di sebalik topeng?" kembali lagi. Siaran langsung/ live The Masked Singer Malaysia 4, musim keempat (4) 2023/ 2024 akan bersiaran langsung mulai 17 Disember 2023, setiap hari Ahad jam 9:00 malam menerusi saluran 107, Astro Warna dan strim online di Astro GO.

baca juga

The Masked Singer Malaysia (TMSMY)

Sebuah rancangan televisyen realiti muzik misteri Malaysia yang diinspirasikan daripada sebuah program rancangan TV realiti Korea Selatan iaitu King of Mask Singer oleh Munhwa Broadcasting Corporation.

Hos/ pengacara dan senarai juri

The Masked Singer Malaysia (TMSMY) 4 akan berlangsung selama 10 minggu bertempat di CIBD Convention Center Kuala Lumpur yang masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai hos.

The Masked Singer Malaysia Musim 4

Manakala juri tetap yang melibatkan sembilan orang personaliti dibarisi oleh Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah.

Senarai peserta The Masked Singer Malaysia (TMSMY) 4

Seramai 14 peserta selebriti bakal bersaingan dalam program The Masked Singer Malaysia 4 ini yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan serta pempengaruh media sosial.

Kostum peserta The Masked Singer 4 dinaik taraf dengan menyelitkan elemen flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan Malaysia dengan 14 kostum yang unik.
  1. Musang
  2. Sang kancil
  3. Putera katak
  4. Mat helang
  5. Abang jagung
  6. Roti john
  7. Bawang putih
  8. Kak cat
  9. Ikan emas
  10. Teratai
  11. Bunga matahari
  12. Pom pom kin
  13. Biskut aiskrim
  14. Cili padi
Buat pertama kalinya juga program ini akan memperkenalkan pasangan duo iaitu kostum cili padi dan roti john.

SIARAN LANGSUNG THE MASKED SINGER MALAYSIA 4

Mula siaran : 17 Disember 2023
Waktu siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Warna HD (CH107)

Senarai lagu dan keputusan mingguan

Minggu 1 : 17 Disember 2023

  1. Teratai : Oops!…I Did It Again (Britney Spears)
  2. Kak Cat : Pelukan Angkasa (S.O.G & Sheila Amzah)
  3. Ikan Emas : I am the best (2NE1)
  4. Bunga Matahari : Dance monkey (Tones and I)
  5. Biskut Aiskrim : Nuri (Ella)
  6. Pom Pom Kin : Jahat (Stacy)
  7. Cili Padi : Cari jodoh (Wali Band)
  8. Bawang Putih : Santai (Faizal Tahir)
  9. Mat Helang : Mentera Semerah Padi ( Dato' M.Nasir)
  10. Roti John : Bintang di syurga (Peterpan)
  11. Sang Kancil : Laskar cinta (Dewa 19)
  12. Abang Jagung : Joget Mak Enon (Carefree)
  13. Musang : Aladin (Spider)
  14. Putera katak : Creep (Radiohead)
Peserta tersingkir : Kak Cat
Siapa di sebalik topeng : Dr Soo Wincci

Minggu 2 : 24 Disember 2023

  1. Teratai : Kisah hati (Datin Alyah)
  2. Ikan Emas : Malampagi (Saixse)
  3. Bunga Matahari : Trauma (Elite)
  4. Biskut Aiskrim : Irama (Shiha Zikir)
  5. Pom Pom Kin : Joget sayang disayang (Anita Sarawak)
  6. Cili Padi : Pening (M.Daud Kilau & Ezlynn)
  7. Bawang Putih : Shimmy (Andi Bernadee)
  8. Mat Helang : Test drive (Firdaus Rahmat)
  9. Roti John : Feeling good (Michael Bublé)
  10. Sang Kancil : Nour El Ain (Amr Diab)
  11. Abang Jagung : Uptown girl (Billy Joel)
  12. Musang : Bunga Angkasa (Terra Rossa)
  13. Putera katak : Di alam fana cinta (Fotograf)
Peserta tersingkir : Cili padi
Siapa di sebalik topeng : Amira Othman & Irfan Haris

Minggu 3 : 31 Disember 2023

  1. Teratai : Asmaradana (Tiara Jacquelina)
  2. Ikan Emas : Dance the night (Dua Lipa)
  3. Bunga Matahari : Bila cinta (Gio)
  4. Biskut Aiskrim : Kau di hatiku (Dato' Zainal Abidin)
  5. Pom Pom Kin : Cari tapak (Senario)
  6. Bawang Putih : Berhenti berharap (Sheila On 7)
  7. Mat Helang : Sedetik lebih (Anuar Zain)
  8. Roti John : Cinta sejati (Bunga Citra Lestari)
  9. Sang Kancil : Aankhein Khuli (Lata Mangeshkar & Udit Narayan)
  10. Abang Jagung : Keluang Man (Krisya)
  11. Musang : Footloose (Kenny Loggins)
  12. Putera katak : Everything I do, I do it for you (Bryan Adams)
Peserta tersingkir : Putera Katak
Siapa di sebalik topeng : Rashidi Ishak

Minggu 4 : 7 Januari 2024

  1. Teratai : Untuk terakhir kali (Marsha Milan)
  2. Ikan Emas : Sial (Mahalini)
  3. Bunga Matahari : Depresi (IamNEETA)
  4. Biskut Aiskrim : Gila (Kaka Azraff, Noki & Loca B)
  5. Pom Pom Kin : Tamparan wanita (Elite)
  6. Bawang Putih : Gadis Melayu (Dato' Jamal Abdillah)
  7. Mat Helang : Cinta sampai ke Euthopia
  8. Roti John : Always be my baby (Mariah Carey)
  9. Sang Kancil : Mama papa larang (Judika)
  10. Abang Jagung : Take on me (A-ha)
  11. Musang : Teman (XPDC)
Peserta tersingkir : Ikan Emas
Siapa di sebalik topeng : Daiyan Trisya

Minggu 5 : 14 Januari 2024

Tema : Malam Dato' Sri Siti Nurhaliza
  1. Teratai : Ku milikmu
  2. Bunga Matahari : Dialah di hati
  3. Biskut Aiskrim : Cindai
  4. Pom Pom Kin : Anta permana
  5. Bawang Putih : Purnama merindu
  6. Mat Helang : Ku mahu
  7. Roti John : Aku cinta padamu
  8. Sang Kancil : Ya maulai
  9. Abang Jagung : Lakaran kehidupan
  10. Musang : Jerat percintaan
Peserta tersingkir :  Pom Pom Kin
Siapa di sebalik topeng : Amelina

Minggu 6 : 21 Januari 2024

  1. Teratai : Kemaafan dendam yang terindah (Aishah)
  2. Bunga Matahari : Kau atau aku (Elyana)
  3. Biskut Aiskrim : Time is running out (Muse)
  4. Bawang Putih : Itu kamu (Estranged)
  5. Mat Helang : Tiara (Kris)
  6. Roti John : Umpan jinak di air tenang (Ahmad Jais)
  7. Sang Kancil : Ibu kota cinta (Def Gab C)
  8. Abang Jagung : Harus terpisah (Ckara Khan)
  9. Musang : Living on a prayer (Bon Jovi)
Peserta tersingkir : Abang Jagung
Siapa di sebalik topeng : Azan Addin

Minggu 7 : 28 Januari 2024

  1. Teratai : Semangat yang hilang (XPDC)
  2. Bunga Matahari : Hanya di mercu (Ayu Damit)
  3. Biskut Aiskrim : Pelita (A.P.I)
  4. Bawang Putih : Flashlight (Jessie J)
  5. Mat Helang : Telinga ke tulang (Spider)
  6. Roti John : Fire & Water (Faizal Tahir)
  7. Sang Kancil : You raise me up (Josh Groban)
  8. Musang : Negaraku (Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne)
Peserta tersingkir : Bawang Putih
Siapa di sebalik topeng : Nokie K-Clique

Minggu 8 : 4 Februari 2024

  1. Teratai : I Will Go To You Like The First Snow (Ailee)
  2. Bunga Matahari : Run The World (Girls) (Beyonce)
  3. Biskut Aiskrim : Terus hidup (Aina Abdul)
  4. Mat Helang : Meniti titian usang (Search)
  5. Roti John : Bunga (Altimet)
  6. Sang Kancil : Mahakarya cinta (Faizal Tahir)
  7. Musang : Warisan Wanita Terakhir (Teacher's Pet)
Peserta tersingkir : Musang
Siapa di sebalik topeng : Dato' Yusri Abdul Halim

Minggu 9 : 11 Februari 2024 (Separuh Akhir)

Solo
  1. Teratai : Taman Rashidah utama (Wings)
  2. Bunga Matahari : Sejati (Wings)
  3. Biskut Aiskrim : Ukiran Jiwa (Awie)
  4. Mat Helang : Nur Nilam Sari (Awie & Search)
  5. Roti John : Rozana (Search)
  6. Sang Kancil : Di ambang Wati (Search)
Duet
  1. Teratai vs Mat Helang : Ingatkan Dia (Wings)
  2. Roti John vs Sang Kancil : Laila namamu teratas (Search)
  3. Bunga Matahari vs Biskut Aiskrim : Mentari di ufuk timur (Search)

Peserta tersingkir : Mat Helang
Siapa di sebalik topeng : Hun Haqeem

Minggu 10 : 18 Februari 2024 (Akhir)

Pusingan 1
  1. Teratai : Damelo (Dolla)
  2. Bunga Matahari : Lathi (Weird Genius Feat. Sara Fajira)
  3. Biskut Aiskrim : Dondang dendang (Noraniza Idris)
  4. Mat Helang : Biarkanlah (Drama Band)
  5. Sang Kancil : Tiga malam tanpa bintang (Fiq Halim)
Pusingan 2
  1. Teratai : It's All Coming Back To Me Now (Celine Dion)
  2. Bunga Matahari : Cinta (Marsha Milan)
  3. Biskut Aiskrim : Skyfall (Adele)
  4. Mat Helang : Aku skandal (Hujan)
  5. Sang Kancil : Aduh Saliha (Mawi)

Keputusan penuh pemenang The Masked Singer Malaysia Musim 4

  • Juara : Bunga Matahari (Stacy)
  • Naib Juara : Mat Helang (Namie Smy)
  • Ketiga : Sang Kancil (Danial Zaini)
  • Keempat : Biskut Aiskrim (Adinda Tasya)
  • Kelima : Teratai (Nabila Razali)

Pelanggan Astro boleh menonton The Masked Singer Malaysia musim 4 mulai 17 Disember 2023, setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran 107, Astro Warna dan juga distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.