Gadgets

Info Siaran Langsung JDT vs BG Pathum United Live Stream ACL 2023

Siaran langsung live bola sepak malam ini menyaksikan pertemuan Johor Darul Ta'zim, JDT melawan BG Pathum United dalam saingan saingan Liga Juara-Juara AFC, ACL 2023/2024 (AFC Champions League 2023/24) di Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi timbal balik bermain di laman sendiri.

Siaran langsung/live JDT menentang BG Pathum United akan disiarkan menerusi Astro Arena Bola (CH803), Astro Go dan platform penstriman Sooka secara strim online.

JDT vs BG Pathum United

JDT vs BG PATHUM UNITED

Pada perlawanan pertama bulan Oktober yang lalu di Stadium Pathum Thani, BG Pathum vs JDT telah memihak kepada JDT dengan kemenangan [2-4].

baca juga

Akan tetapi pada perlawanan kelima dalam kumpulan I berdepan dengan Kawasaki Frontale telah memusnahkan harapan Harimau Selatan untuk layak ke pusingan 16 terbaik. JDT tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale di Stadium Todoroki, Jepun.

Perlawanan ini adalah perlawanan penutup bagi melengkapkan aksi dalam saingan kumpulan I dalam saingan ACL 2023. 

Berdasarkan keputusan carta terkini kumpulan I, Kawasaki kekal utuh di tangga teratas kumpulan I dengan kemenangan bersih dalam lima perlawanan dengan 15 mata sekaligus terus layak ke pusingan kalah mati. 

Ulsan Hyundai menghuni di tangga kedua selepas menewaskan BG Pathum United. Manakala JDT berada di tempat ketiga dan keempat dihuni oleh BG Pathum United.

Siaran Langsung JDT vs BG Pathum United Live Streaming ACL 2023

Bagi yang tidak dapat menyaksikan di Stadium, boleh menonton Siaran Lansung JDT vs BG Pathum United Live Streaming ACL 2023 dari Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803), Astro Go dan Sooka.

Pra rancangan bermula pada jam 7:30 malam. Langgan satu perlawanan di platform Sooka dengan harga RM12.90.

Waktu siaran : Selasa, 12 Disember 2023, jam 8:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Gelang Patah, Johor
Siaran TV : Astro Arena Bola (CH803)
Live stream : Astro Go dan Sooka

Info Tiket perlawanan

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan  BG Pathum United pada 12 Disember 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim boleh didapati menerusi tickethotline.com.my.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket (4) sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium.

Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas, namun kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut.

Live score results/ Keputusan masa penuh

Keputusan perlawanan antara JDT vs  BG Pathum United dalam saingan ACL 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (1) - (4) BG PATHUM UNITED FC/ BGP
  • Igor Sergeyev 28'
  • Bergson 55' (pen) 66'
  • Endrick 86'
  • Arif Aiman Hanapi 90' + 2'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.