Gadgets

Siaran Langsung JDT vs Terengganu Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023

Siaran langsung live bola sepak malam ini menyaksikan perlawanan Akhir/Final Piala Malaysia 2023 yang melibatkan pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim, JDT menentang pasukan Terengganu FC.

Siaran langsung/live akan disiarkan menerusi Astro Arena (CH801), Astro Arena Bola (CH803), Astro Supersport (CH806), Astro Go, TV Okey, Sukan RTM dan platform penstriman Sooka secara online percuma.
JDT vs Terengganu
Pasukan manakah yang bakal bergelar juara Liga Super 2023


JDT vs TERENGGANU

Perlawanan antara JDT dan Terengganu FC merupakan perlawanan tumpuan dimana ianya adalah pengakhiran untuk kempen Piala Malaysia 2023. JDT dan Terengganu layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2023. 

Terdahulu, pasukan Terengganu FC II telah merangkul gelaran Juara dalam perlawanan Akhir Piala MFL 2023 menentang JDT II. Kali ini perjuangan skuad senior pula.

Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir selepas bertemu pada perlawanan Piala Sumbangsih pembuka tirai Liga Malaysia 2023 pada awal tahun di Stadium Sultan Ibrahim. 

Pada perlawanan tersebut, JDT berjaya membenam Terengganu dengan 2 gol tanpa balasan sekaligus membawa bekal 3 mata berharga untuk kempen Liga Super 2023.

Sekali lagi kedua-dua pasukan bertemu dalam Liga Super 2023 minggu keempat belas (LS14) juga dimenangi oleh JDT dengan 3 gol dibalas dengan 1 gol oleh Terengganu FC.

baca juga

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2023

Bagi yang tidak berpeluang ke Stadium, penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan akhir/final Piala Malaysia 2023 menerusi kaca TV atau secara online menerusi beberapa siaran yang disiarkan secara PERCUMA!

Waktu : Jumaat, 8 Disember 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ)
Siaran TV : Astro Arena (CH801), Astro Arena Bola (CH803), Astro Supersport (CH806)
Live streaming : Astro Go, TV Okey, Sukan RTM & Sooka
Link streaming : Live 1, Live 2, Live 3

Pra-perlawanan akan bermula pada jam 8:30 malam. Sebelum pra-perlawanan di Stadium, penonton akan dipersembahkan dengan persembahan Faizal Tahir dan DJ Calvin Adelrick serta kemunculan selebriti-selebriti tanah air yang lain.

JDT vs Terengganu
sumber : MFL

Tiket final Piala Malaysia 2023 JDT vs Terengganu FC

Tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia JDT vs Terengganu FC pada 8 Disember 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kini boleh didapati menerusi laman rasmi tickethotline. Setiap penyokong hanya dibenarkan membeli dua (2) tiket sahaja.

Harga tiket

  • RM50, RM70, RM150 (Premium Grandstand)
  • RM200 (VIP Grandstand)
Harga mengikut tier yang ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL)

Perlu diingatkan, tiada penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari perlawanan. Pintu stadium akan dibuka pada jam 5:00 petang.

Keputusan masa penuh perlawanan/ live score results

Keputusan perlawanan JDT vs Terengganu FC dalam saingan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (3) - (0) TERENGGANU FC/ TER
  • Bergson da Silva 6'(pen)
  • Feroz Baharudin 73'
  • Arif Aiman 90'+4 (pen)
  • (Ivan Mamut 21'(pen)

Tahniah JDT, Juara Piala Malaysia 2023

Juara Piala Malaysia 2023
sumber : Johor Southern Tigers

Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, JDT mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak tempatan kerana telah melengkapkan gelaran 'double quadruple' diatas gelaran Juara Piala Malaysia 2023.


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.