Gadgets

Cara Tebus (Claim) eMadani Mulai 4 Disember 2023 Menerusi ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE

RM1 Bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia bagi memanfaatkan rakyat Malaysia yang dinamakan program eMadani. Boleh rujuk cara tebus (Claim) eMadani mulai 4 Disember 2023 menerusi ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE Maybank.

Apakah eMadani

eMADANI adalah inisiatif daripada kerajaan Malaysia untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program eMadani ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet (e-wallet) RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Syarat penerima eMadani

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2023dalam golongan B40 & M40
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
  • Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023

Tempoh penebusan

eMadani boleh ditebus (claim) mulai 4 Disember 2023 sehingga 4 Disember 2024 bermula jam 8:00 pagi sehingga 20 Februari 2024 jam 11:59 malam. Manakala pembelian dan pembayaran perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 menerusi peniaga-peniaga yang mengambil bahagian

Tempoh tebusan : 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
Tempoh pembelian: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

Cara claim eMadani

eMadani boleh ditebus menerusi 4 platform/ aplikasi/ pengelola eWallet iaitu 
  1. ShopeePay
  2. Setel
  3. Touch n Go
  4. MAE Maybank

Cara claim eMadani ShopeePay

Cara claim eMadani

Cara claim eMadani Setel

  1. Muat turun aplikasi e-dompet terlibat. 
  2. Install & login aplikasi Setel
  3. Ikut arahan yang disediakan dalam aplikasi Setel.
  4. Pastikan pengguna telah membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer.
  5. Pengguna akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
  6. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan HANTAR.
Jika lulus, anda akan menerima insentif tersebut dalam masa 5 hari bekerja.

Cara claim eMadani tng eWallet/ eDompet

  1. Login ke aplikasi TNG untuk membuat penebusan.
  2. Pilih paparan eMadani
  3. Pilih Claim Now
  4. Pilih Verify Now
  5. Pilih jenis ID
  6. Imbas bahagian depan ID
  7. Ambil gambar selfie
  8. Pastikan butiran peribadi betul dan klik pada continue
  9. Isikan butiran dan klik pada submit
  10. Permohonan anda telah berjaya

Notifikasi akan diterima sekiranya berjaya atau gagal

Cara claim eMadani MAE Maybank

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama
  3. Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’
  4. Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!

Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE.

Cara pembelian menggunakan eMadani RM100 MAE Maybank

Kredit eMADANI RM100 hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran kod QR fizikal di mana-mana peniaga di seluruh negara termasuk peniaga kod QR DuitNow bank yang mengambil bahagian & eDompet (eWallet).

Terdapat dua kaedah pembayaran untuk menggunakan eMADANI RM100 semasa pembayaran melalui aplikasi MAE.

Imbas kod QR di kedai atau menunjukkan kod QR kepada juruwang untuk diimbas melalui Imbas & Bayar.

Untuk makluman, kredit e-dompet RM100 eMADANI TIDAK BOLEH digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah:
  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Pengeluaran tunai
  • Pembayaran bil utiliti bersepadu apl
  • Pembayaran yuran/pembayaran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi
  • Pembayaran bersepadu aplikasi bagi bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan prabayar
  • Pembelian permainan bersepadu aplikasi
  • Bayaran letak kereta dan/atau bayaran tol bersepadu aplikasi
  • Aktiviti berkaitan pelaburan bersepadu aplikasi
  • Urus niaga QR rentas sempadan
sumber : ecentral

Jangan lupa claim eMadani Mulai 4 Disember 2023 Menerusi ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE Maybank.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.