Gadgets

Sunflower Bouquet

Sunflower Flower Bouquet, jambangan bunga pertama yang encik suami dapat sempena graduasi PhD pemberian Prof, penyelia kepada encik suami. Sebelum masuk dewan masa Robing Ceremony haritu terserempak dengan Prof. Teruslah dia bagi masa tu juga. Alang-alang dah jumpa kan.

Di bawah penyelian Prof, ada 3 orang pelajar. Setiap sorang dapat satu jambangan bunga matahari dengan belon graduasi yang comel. Balutan kertas warna hitam dan ungu menaikkan lagi seri bunga matahari yang berwarna oren kuning tu. Sebab warna kontra kan.

Sunflower Flower Bouquet

Bunga matahari agak tenggelam kerana ditutupi dengan filler bunga yellow peacock, white peacock dan purple statice flower. 

statice flower ni jenis bunga yang tahan lama macam baby breath. Layu kering pun cantik. 

baca juga

Demi menjaga kelopak bunga matahari supaya tidak rosak, diletakkan plastik dibawahnya sebagai sokongan.

Sunflower Flower Bouquet

Dalam gambar, bunga kelihatan layu sebab dah 4 hari berlalu baru dipotretkan. Kira tahan lama jugalah kan nampak masih segar bunga matahari tu. Bunga filler yang lain dah mula nampak kelayuan sikit.

Bunga matahari sinonim dengan graduation flower bouquet sebagai lambang kegembiraan, positif dan ceria. Ibarat sunshine, cahaya matahari yang menyinari kehidupan simbolik kepada masa depan yang cerah gitu.

Biasanya bunga untuk hari graduasi/ konvokesyen, memang bunga matahari lah paling popular dan sesuai dengan majlis. 

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.