Responsive Ad Slot

Slider

Graduation Flower Bouquet Special Untuk Encik Suami

Graduation Flower Bouquet Special Untuk Husband Doktor Falsafah, PhD Convocation. Flower bouquet premium cantik dengan balloon
Seminggu sebelum hari konvokesyen encik suami, saya dah mula survey graduation flower bouquet. Encik suami tak teruja sangat nak konvo, kita pula yang beria. Mana tidaknya, degree, master dan PhD di UKM. UKM di hatiku betul! Ehhh itu tagline UiTM. 


Oleh kerana ini merupakan konvo terakhir encik suami, kita pun belikan graduation flower bouquet special untuk husband. Tapi warna ikut tema favourite kita. hihi...pun bolehlah kan.

Saya pilih mixed flowers yang terdiri daripada bunga rose, eustoma, peony, baby breath dan hiasan daun eucalyptus. Bunga premium pelbagai ton warna sangat menarik ye untuk dihadiahkan kepada para graduan. 

Bunga matahari tu dah biasa sangat. Kita tukar kepada bunga campur-campur sebagai simbolik warna warni kehidupan gitu. 

Graduation Flower Bouquet

Suka dengan susunan bunga untuk flower bouquet ni. Kemas dan cantik sangat! Itu yang nampak je di instagram, kita terus order. Tak fikir panjang dah! Sebab sebelum tu dah berkenan dengan yang lain dah fully booked pula.

Saya order flower bouquet ni sekali dapat dengan balloon besar yang diisi dengan belon kecil dalamnya. Di luar pula saya request letak ayat " Hats off! Dr. Aidil."

Kemudian tambah bunga ping pong ball ni dengan dekorasi graduan. Comel kan? 

Graduation Flower Bouquet

Tak lupa juga ucapan untuk suami. Ringkas dan padat. 

Graduation Flower Bouquet

Saya order di florist & gift Sepang @sparklesurprise. Bukan setakat bunga je kemas, cantik dan premium. Service pun tip top! Tak menyesal order. Puas hati. Terima kasih Kak Chaq buat cantik-cantik.

Sekarang tengah musim konvo ni, tak tahu nak bagi apa bolehlah tengok-tengok di Sparklesurprise. Mesti seronok penerima dapat flower bouquet yang cantik. Bukan bunga je, ada juga gift yang lain.

8
( Hide )
  1. cantik bunga nya. tahniah suami kak. ! semoga dengan ilmu dapat beramal dan memberi semula kepada masyarakat. amin.

    ReplyDelete
  2. Cantik bunganya tu Fizah. Warna-warna romantik.
    Tentu Encik Suami suka sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Amie. Warnanya memang menarik perhatian mata kan.
      Alhamdulillah encik suami suka.

      Delete
  3. Mengapalah suami tidak teruja untuk konvo? Patut rasa lega sebab sudah selesai.
    Cantik dan comel jambangan bunga itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..saja je tu. Mungkin dah biasa tempat yang sama kot bila grad. Lega tu dah pasti.
      Terima kasih kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu